“Rehat jap, penat dibuli” ~Kazar

2,115 views

Nama Kazar Saisi iaitu bapa kepada Ira Kazar turut terkena tempias disebabkan perkahwinan anaknya itu dengan pengarah terkenal Syamsul Yusof. 

Pelakon dan penyanyi berumur 63 tahun ini turut hadir di Thailand untuk menjadi wali kepada anaknya sebagai isteri kedua kepada Syamsul Yusof. 

Ekoran itu, ramai yang beranggapan Kazar ibarat memberi green light di atas perkahwinan ini. 

Ramai yang melahirkan rasa geram apatah lagi perkahwinan ini tidak diketahui oleh isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana dan juga keluarga Syamsul termasuk Datuk Yusof Haslam dan isterinya Datin Patimah. 

Antara yang sedang membuak perasaan ialah Datin Patimah yang pernah menulis tidak memaafkan keluarga Kazar dan juga ada mengeluarkan kenyataan tak mengaku Kazar sebagai besannya. 

Walaupun kenyataan itu agak kasar bunyinya, namun ianya didorong oleh emosi yang terlalu kecewa, sedih dan terkilan kerana dibelakangi anak sendiri. 

Kazar Saisi kini menjadi buruan ramai pihak yang mahu mendapatkan kenyataannya. 

Melalui satu laporan, Kazar tidak mahu memberi komen buat masa sekarang ini memandangkan isu ini masih lagi hangat. 

“Nantilah, buat masa sekarang ni saya tak mahu cakap apa lah.” Itu antara kata-kata dari Kazar. 

Kemudian pada pagi hari ini, hari Selasa, Kazar dilihat telah muatnaik foto hitam dengan menulis caption mengatakan dirinya penat dibuli. 

“Saya nak berehat sekejap. Penat dah dibuli. Jumpa lagi di hari yang indah kelak.”  

Di posting itu, Kazar turut menutup ruangan komen. 

Apapun, memang ramai yang mahu kisah dari sisi Kazar sekeluarga termasuklah pengantin baru iaitu Syamsul Yusof dan juga Ira Kazar kerana banyak kenyataan hanya dikeluarkan oleh pihak Puteri Sarah dan juga family Yusof Haslam sejak berita perkahwinan ini diketahui umum.