“Lofa ni another level betul, well organized” Neelofa dipuji, almari Bilal amat tersusun

866 views

Apa saja yang dibuat dan dilakukan oleh pelakon, pengacara dan usahawana terkenal, Noor Neelofa memang akan mendapat perhatian dari ramai pihak. Ini terutama hal-hal yang melibatkan anaknya sulungnya iaitu Bilal. 

Baru-baru ini, Neelofa ada membuat satu video di dalam bilik yang dipercayai milik Bilal, dan ianya terus mendapat perhatian para peminatnya. 

Dari video itu, Neelofa sedang berada dalam satu bilik, dan menunjukkan cara menggunakan botol susu serta cawan, yang diguna pakai untuk baby yang dah berumur 6 bulan ke atas. 

Akan tetapi, dalam video itu, ramai yang tertarik dengan latar belakangnya, yang mana jelas bilik itu merupakan bilik Bilal, dengan adanya almari yang kemas dengan baju serta pakaian Bilal. 

Di ruangan komen, rata-rata memuji almari Bilal amat kemas dan amat tersusun. 

Ada mengatakan Neelofa seorang yang amat menitik beratkan kebersihan serta kekemasan. 

Ini antara komen dari para peminat Neelofa. 

Hanani menulis: “You ni Neelofa memang another level lah. Well organized betul orangnya.” 

Novracurie pula menulis: “Almari milk Bilal ni so clean and neat, more than mine.” 

Memang banyak lagi pujian yang diberikan kepada Neelofa berkenaan almari anaknya itu. 

Selain itu, video itu juga membuatkan ramai yang amat percaya bahawa Neelofa kini sedang berbadan dua. 

Ini kerana video berkenaan seakan memperlihatkan badan Neelofa sudah ada baby bump. 

Komen dari peminat: “Dah confim lah ni memang sedang hamil anak kedua.” 

Neelofa tak mahu umum sedang berbadan dua ke.” Tulis seorang peminatnya. 

Namun seperti biasa, hal seperti itu, tak akan diumumkan oleh Neelofa, yang lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri saja. 

Apapun, semoga segala urusan Neelofa dan juga Pu Riz serta anaknya Bilal akan dimudahkan, disenangi dan dirahmati selalu, amin, semoga bahagia hendaknya.