Shila Amzah sahkan bercinta dengan Ubai “Family, adik beradik semua okey dengan dia”

5,405 views

Penyanyi Shila Amzah, 32 tahun, kini sah sedang menjalin hubungan dengan influencer terkenal bernama Ubai, 25 tahun. 

Hal ini dibicarakan oleh kedua mereka melalui satu sesi live semalam. Setelah diasak para peminat, akhirnya Shila Amzah akui memang sedang mengenali hati budi Ubai. 

Mula rapat setelah Shila dan bekas suami berpisah, hubungan ini juga direstui oleh keluarga mereka. 

“Family saya, adik beradik saya semua okey dengan dia. Kami mula berkawan selepas saya berpisah dengan beaks suami.” 

“Saya memang amat selesa dengan Ubai, dan ada satu ketika itu, ada sesuatu yang terjadi buat saya terdetik (untuk jalin hubungan dengan Ubai).” 

Dalam pada itu, Ubai juga bercerita bahawa dia dah kenal Shila Amzah sejak tahun 2011 lagi dan mula jadi kawan pada tahun 2014, namun hubungan menjadi akrab selepas Shila berpisah dengan bekas suami. 

“Saya mengenali Shila pada tahun 2011, dan hubungan kami baik pada sekitar tahun 2014.” 

“Dan sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya, iaitu berpisah dengan suami, masa itu saya hadir dalam hidupnya, dia tak ada sesiapa.” 

“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disamping dirinya ketika dia perlukan peneman untuk luahkan ujian yang sedang dilalui.” 

“Tidak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika sesi live kepada umum.” 

Jelas Ubai lagi, sesi live itu tidak pun dirancang sebaliknya berlaku secara spontan setelah ramai yang tanya. 

“Kami tak ada niat nak cerita tentang hubungan kami semalam. Tapi entah tiba-tiba pula Shila cakap tentang status kami.” 

“Mulanya live tu dibuat sebab saya tengah tunggu Shila bersiap, kami nak keluar main badminton.” 

“Dialah peneman istimewa saya, dan kami berdua selesa berkawan, malahan kami ada banyak persamaan.” 

Ubai bagaimanapun akui belum membawa Shila berjumpa keluarganya. 

“Buat masa sekarang, saya belum ada bawa Shila jumpa family lagi, tetapi famili saya okey saja dengan hubungan kami ini.” 

Dengan ini maka benarlah bahawa Shila Amzah dan Ubai sedang menjalin hubungan, semoga mereka berdua akan bahagia dan meneruskan ke fasa seterusnya kelak.