Deanna Yusoff dah putus haid, cerita pengalaman perubahan terjadi

10,392 views

Deanna Yusoff pernah meraih zaman kegemilangan di era 90an dulu. Dengan wajahnya yang jelita serta bakat yang dimiliki, Deanna menyerlah dengan beberapa filem seperti Selubung dan juga Abang 92, berganding dengan Azhar Sulaiman. 

Kini Deanna Yusoff sudah pun memasuki ke usia 56 tahun, dan mengakui banyak perubahan yang berlaku pada dirinya. 

Pada umur 56 tahun ini, Deanna Yusoff sudahpun putus haid ataupun menopause. 

Pelakon ini tampil bercerita pengalamannya sepanjang alami putus haid ini. 

Antara yang paling ketara ialah perubahan di bahagian kulitnya yang menjadi lebih kering dan tiada kanjalan lagi berbanding zaman remajanya.   

“Kulit saya telah berubah semasa peri menopause, iaitu waktu ketika menopause baru tiba. Ianya menjadi lebih jelas di tahun selepas itu.” 

“Perubahan paling ketara ialah kekeringan dan kehilangan keanjalan dan ini dua kebimbangan utama saya, selain kulit menajdi lebih kusam.” 

“Saya akui tak rasa selesa dengan kulit saya sendiri tetapi saya pun pun ianya memang terjadi. Hal ini membuatkan saya agak tertekan dan pada satu ketika, saya juga menghidap psoriasis, kegatalan di bahagian kulit.” 

Kerana perubahan kulit yang amat ketara selepas putus haid, Deanna Yusoff telah bangkit dan berusaha mencari penyelesaian. 

Akui perubahan hormon ini satu hal yang natural, dia telah buat selidikan untuk memberi kulitnya kelihatan lebih baik.  

“Untuk tangani isu ini, saya telah buat satu penjagaan kulit profesional saya sendiri menggunakan semua bahan semula jadi yang selamat.” 

“Hasilnya memang baik sekali, dan amat berkesan. Ini memang patut kita semua lakukan dalam rutin menjaga kulit kita.” 

Jelas Deanna Yusoff lagi, dia teruja untuk bercerita tentang hal ini kerana apa yang dilakukan telah berkesa.   

“Apabila berlakunya fasa perubahan hormon, kita juga perlukan perubahan untuk keperluan kulit kita, kena pelajari penjagaan untuk kulit ketika fasa ini.” 

“Saya teruja nak bercerita tentang pengetahuan saya tentang hal ini. Percayalah pada saya, memang ada jalan penyelesaiannya.” 

Di ruangan komen, ramai wanita turut bercerita pengalaman mereka ketika berlakunya perubahan hormon setelah putusnya haid ini. 

Rata-rata setuju dengan Deanna Yusoff tentang perubahan di kulit dan tak sabar nak dengar rutin harian dari Deanna Yusoff setelah putus haid.