Ini kenyataan Datuk Seri Khazrul Elzey “Berat badan Anju tak turun 55kg, bukan punca”

55,572 views

Nampaknya memang benarlah baahwa Zarina Anjoulie dan tunang iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey kini dah pun berakhir hubungan antara mereka. 

Foto Datuk Seri Khazrul Elzey pun sudah tidak ada lagi di laman media milik Zarina Anjoulie. 

Kini ramai yang tertanya apa sebenarnya yang terjadi antara mereka berdua, nampak macam dah hampir nak berkahwin saja sebelum ini. 

Kemudian ada yang berkata mungkin kerana isu berat badan yang sebelum ini pernah menjadi tular. 

Namun menerusi satu kenyataan, Datuk Seri Khazrul Elzey menyatakan bahawa hal berat badan Anju itu tak pernah pun menjadi isu dalam hubungan mereka berdua. 

Kata ahli perniagaan ini, kenyataan tentang berat badan itu hanyalah gurauan dari Anju saja. 

“Salam semua, untuk makluman, saya tak pernah cakap kepada Anju jika dia tak turun 55kg, saya tak mahu berkahwin. Anju dah kata dia hanya bergurau isu ini tak menyangka hal ini menjadi viral.” 

“Anju ada post di media bahawa dia hanya gurau saja, namun isu ini jadi melarat. Anju dah minta maaf pada saya, saya dah nasihat dia jangan main tulis macam itu.” 

“Saya pun ada tanya Anju, awak tak rasa bersalah ke menulis main-main sehingga netizen mehahun bakal suami awak? Dia kemudian menyesal tentang isu berat badan ini.” 

Datuk Seri Khazrul Elzey pun menyatakan bahawa penampilan atau berat badan bukan punca hubungan dengan Anju bermasalah, tetapi terdapat perkara lain yang perlu diselesaikan antara mereka berdua. 

“Bukannya isu berat yang jadi masalah pada kami. Saya tak kisah pun kalau dia berisi, saya tetap sayang padanya, cuma ada perkara lain yang kami kena lalui. Biar kami cuba selesaikan masalah ini.” 

Selain itu, Datuk Seri Khazrul Elzey juga ada menulis walau apa pun terjadi, dia harap akan terus jadi sahabat kepada Zarina Anjoulie. 

“Papa bukan yang terbaik yang mama impikan. Kita masih ada kurangnya. Semoga kita akan jadi sahabat, papa juga doakan mama dapat orang yang lagi baik.” 

Itulah perkembangan terkini tentang hubungan antara Zarina Anjoulie atau Anju dengan ahli perniagaan bernama Datuk Seri Khazrul Elzey.