“Saya tak berpura-pura, masa yang akan mendedahkan orang berpura-pura ni” Mawar

35,473 views

Ahli perniagaan yang terkenal dengan jenama Fareeda iaitu Mawar Karim terpalit dengan satu isu setelah mengeluarkan satu kenyataan yang ditujukan kepada seseorang. 

Walaupun tak menyebut nama, namun ramai pula mengaitkan dengan jejaka yang pernah menambat hatinya dulu. 

Kali ini Mawar sekali lagi memuatnaik satu hantaran yang agak lantang di Ig story miliknya. 

Wanita berumur 34 tahun ini menegaskan bahawa dia memang tak sempurna tetapi tidaklah berpura-pura atau fake. 

Katanya lagi, bukan tugasnya untuk mendedahkan orang yang berpura-pura tetapi sebaliknya ianya akan terbongkar dengan sendirinya. 

“Saya ni bukanlah orang yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya saya memang tak pernah berpura-pura dan tak fake. Apa yang awak nampak pada diri saya, itulah yang awak akan dapat.” 

“Ini bukanlah tugas saya mahu mendedahkan orang yang berpura-pura ni. Bila tiba masa masanya mereka sendiri yang akan mendedahkan siapa diri mereka sebenar.” 

Ini hantaran dari Mawar Karim berkenaan hal ini seperti yang dilaporkan portal OhMyMedia. 

Sungguhpun tidak menujukan kepada sesiapa, ramai dapat mengagak kepada siapa hantaran itu diberikan. 

Kisah Mawar Karim ini mula jadi bualan setelah pernah berkata hidupnya kini bahagia dan tak perlu lagi nak menanggung orang lain. 

Ini sekaligus memberi anggapan apa yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini. 

Kisah ini turut diulas oleh Fizo Omar, malah turut dilaporkan menerusi rancangan hiburan terkenal Melodi. 

Kata Fizo, walaupun sudah tidak bersama adalah lebih baik kedua mereka hidup dengan hala tuju masing-masing. 

Nama Mawar Karim mula naik setelah tudung jenama miliknya iaitu Fareeda pernah mencetuskan fenomena tak lama dulu. 

Memang tudung Fareeda keluaran Mawar karim ini menjadi idaman para wanita sehingga sanggup beratur panjang sekiranya ada style atau design baru dikeluarkan.