“Keadaan semakin teruk, walaupun berhabis RM240ribu” Amyra Rosli dah terkena

8,351 views

Dugaan besar buat pelakon Amyra Rosli kerana sudah berhabis banyak wang ringgit namun hasilnya tidak dirasai. 

Amyra Rosli sudah berhabis duit RM240ribu membayar kepada sebuah syarikat hiasan dalaman atau interior designer untuk renovate rumah ibu bapanya. 

Akan tetapi sehingga kini rumah ibu bapanya itu tidak siap dan telah pun terbengkalai begitu saja. 

Sudah lebih setahun bersabar dengan syarikat yang diupah itu, isteri kepada Amar Baharin ini mendedahkan hal berkenaan menerusi satu posting di laman media sosial. 

Ini luahan hati dari Amyra Rosli.  

“Saya menggunakan khidmat sebuah syarikat hiasan dalaman, niat nak cantikkan rumah ibu bapa saya.” 

“Selepas saya buat pembayaran dalam RM240ribu dan hampir satu tahun tunggu dengan kesabaran, pelbagai alasan dari mereka. Hanya ini saja yang hasil yang saya terima. Banyak pula kerosakkan benda lain.” 

Amyra Rosli ada muatnaik video rumah ibu bapanya yang masih tak siap, malah mengatakan ada kerosakkan lain pula timbul.  

Ini foto rumah ibu bapanya.

“Memang berani sungguh korang ni menganiaya orang di dunia ini. Tak apa, kita serahkan semua pada Illahi, itulah yang terbaik. Sebelum ni memang pernah dengar tentang dorang, ramai yang dah terkena.”  

“Dunia ini pun dah tenat dah, tak lama korang boleh kencing semua orang sana sini.” 

Walaupun dugaan timbul, Amyra Rosli bertekad untuk selesaikan renovate rumah ibu bapanya itu. 

“Kini saya kenalah mula semula dari awal balik. Buat ayah dan juga mama, kakak akan tetap usahakan secepat mungkin untuk siapkan semula rumah mama dan ayah. Sama-sama kita terus kuat dan terus bersabar. Semoga urusan kita akan dipermudahkan Illahi.” 

Memang kesian pada pelakon berumur 31 tahun ni, niat nak beri keselesaan pada ibu bapa, nampaknya telah diuji pula. 

Semoga segala urusan Amyra Rosli untuk menyiapkan rumah yang selesa kepada ibu bapanya akan selesai secepat mungkin.