“7 Mac ni, saya harap dilepaskan, itu harapan saya” Puteri Sarah

1,967 views

Lagi beberapa hari saja lagi, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akan ke mahkamah untuk sebutan kes penceraian mereka yang difailkan oleh pelakon berkenaan. 

Pada tarikh 7 Mac itu, Puteri Sarah amat berharap supaya semuanya selesai dan dia akan dilepaskan sebagai isteri oleh Syamsul Yusof, yang kini telah pun berkahwin dengan isteri barunya iaitu Ira Kazar. 

Melalui laporan Kosmo, Puteri Sarah memang amat berharap bahawa dia akan dilepaskan dan yakin itu akan terjadi. 

“Saya amat harap akan dilepaskan, diceraikan. Itulah harapan saya.” 

Kata Puteri Sarah lagi, dia harap dirinya akan dilepas supaya dia dapat fokus pada dirinya dan anak-anak selepas ini.  

“Saya memang berharap untuk dilepaskan oleh suami, seandainya itu takdirnya, dengan itu bolehlah saya untuk move on.”  

“Pada tarikh 7 Mac ini, kalau boleh keinginan saya untuk diceraikan 100 peratus memihak pada saya. dapat settle semua dengan cara baik, dah. Tak nak lah lama-lama macam ni.” 

 Pelakon berumur 37 tahun ini juga amat berharap agak pihak Syamsul Yusof dapat memberi kerjasama.  

“Kalau boleh saya harap pihak sana dapat memberi kerjasama yang baik. Oleh itu masing-masing boleh bawa haluan masing-masing lepas ni.” 

Tentang nekadnya untuk berpisah, Puteri Sarah akui dah pun buat solat istikharah dan meminta petunjuk.  

“Semasa buat umrah, saya ada buat solat istikharah untuk memohon petunjuk.”  

“Sungguhpun tak terima sebarang petunjuk dari mimpi, namun hati saya tenang dan urusan saya untuk membuat keputusan ini telah dipermudahkan oleh Illahi. Tak ada pun saya tak boleh tidur malam atau sebagainya, semuanya mudah.” 

Berkenaan hak penjagaan anak-anak, Puteri Sarah berkata peguamnya akan berhubung dengan peguam Syamsul Yusof.  

“Berkenaan hak penjagaan anak, dia pun tahu saya nak jaga anak-anak saya. Jika saya kerja, keluarga saya dan keluarga mentua selalunya bergilir-gilir menjaganya. Hubungan saya dengan family mertua pun amat baik.”  

“Keluarga mertua saya pun tahu dan faham. Memang berat untuk mereka lepaskan saya, tetapi saya dah janji untuk terus jaga hubungan baik dan tidak akan memisahkan cucu-cucu mereka.” 

Itulah komen dari Puteri Sarah tentang kes mahkamah dengan Syamsul Yusof.