“Kenapa ada lelaki macam ni wujud kat dunia ni” Aliff Awang tuju kepada ‘Ayam’

8,970 views

Pelakon Fatin Afeefa dan juga Adam Shahz nampaknya tidak berjaya mencapai kata sepakat berkaitan anak mereka iaitu Ivy Herra Sophia. 

Adam Shahz telah meminta hak jagaan anaknya itu namun telah dibantah oleh Fatin Afeefa. 

Jelas Adam Shahz, sehingga kini dah empat bulan dia tak dapat berjumpa dengan anak perempuannya itu. 

Kes ini telah akan diteruskan di mahkamah pada bulan April depan. 

Menerusi satu laporan dari Melodi, Adam Shahz ada memberi respon tentang kenyataan dari Fatin Afeefa mengatakan dia dah penat tanggung biawak hidup. 

Kata Adam Shahz, dia langsung tak terasa dengan ayat biawak hidup itu, kerana semua pun tahu bahawa dia memang sibuk dengan kerjanya sebagai pelakon. 

“Saya tak terkesan pun ayat tu. Orang yang kenal diri saya ni memang tahu macam mana diri saya sejak dulu. Saya taklah jenis orang yang duduk di rumah main phone saja.” 

“Ini kerana saya buat macam-macam kerja. Saya berlakon, malah saya pun ada buat kerja sukarelawan.” 

“Memang ada dengar isu tentang biawak hidup tu. Namun, semua pun kenal saya dengan watak Ayam, jadi, tak ada kena-mengena biawak hidup tu dengan saya. Itu mungkin biawak hidup lain.” 

Apa yang menjadi perhatian kemudiannya ialah reaksi dari suami Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang. 

Aliff Awang telah menulis satu komen di video Melodi dan kemudian membuat satu video seakan ditujukan kepada Adam Shahz. 

Ini yang ditulis oleh Aliff Awang atau dikenali dengan nama Opai: “Ayam oh ayam.” 

Dari video yang dimuatnaik oleh Aliff Awang, dia tertanya mengapalah wujud lelaki seperti itu di dunia ini.  

“Jadi, pada hari ini, saya bangun pagi dan dah pergi mahkamah dengan isteri saya. Masuk mahkamah satu minit je lepas itu kami dah keluar balik. Memang tak faham, mengapalah ada lelaki macam ini, kenapa ada lelaki wujud dekat dunia macam ni, kenapa dengan awak ni Ayam.”  

Itulah sedikit respon dari Aliff Awang tentang kes antara Fatin Afeefa dan juga Adam Shahz.