“Memang terasa, MK dah jemput” Noki akui kecewa Tuju tak datang majlis kahwin MK

2,925 views

Syukur ke hadrat Illahi, penyanyi MK dari kumpulan K-Clique telah pun selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya bernama Siti Hajaar Syeikh Nordin. 

Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan pada hari Jumaat bertempat di sebuah masjid di Ampang. 

Dengan sekali lafaz, MK K-Clique, atau nama penuhnya Hairee Amin Hamdan kini sudah mengakhiri zaman bujangnya di usia 26 tahun. 

Melihat di sekitar majlis pernikahan dan perkahwinan Mk, memang semua rakan-rakan dari kumpulan K-Clique telah pun hadir. 

Noki, Fareed, Gnello, NastyNas, Somean, Kdeaf semuanya dilihat hadir ke majlis MK. 

Namun yang tiada di majlis itu hanyalah seorang iaitu Tuju, yang merupakan bekas ahli kumpulan. 

Melihat ketiadaan Tuju, Noki berkata, sebagai rakan, dia pun ada terasa hati apabila Tuju tidak hadir ke majlis rakan baik mereka iaitu MK. 

Melalui laporan portal Mstar, Noki menyatakan, MK sudah pun menjemput Tuju ke majlis perkahwinannya itu. 

Ini komen dari Noki tentang ketiadaan Tuju.  

“Saya ni tidak mahulah fikirkan sangat tapi kalau ikut logik, dia sahabat kami yang berkawan sejak dulu lagi, patutnya dia datanglah.” 

“MK pun memang ada beri jemputan ke majlis pernikahan dan kenduri pada hari ini.” 

“Saya nak komen banyak pun susah sebenarnya, cumanya secara jujur, memang terasa walaupun bukan saya yang bersanding di malam ini.”  

“Sebagai sahabat saya faham perasaan mereka. Kecewalah, memang agak kecewa.” 

Noki menjelaskan kini dah enam bulan dia dan Tuju tidak berhubungan. Malah Noki juga akui ada salah faham yang timbul membuatkan hubungan dengan Tuju tidak seperti dulu.  

“Kami memang dah tak berhubung langsung sejak enam bulan lepas lagi.” 

“Apa boleh saya cakap, kami memang ada salah faham yang rasanya susah sikit nak diselesaikan.” 

Jelas Noki lagi, walau apa terjadi, dia masih lagi menerima Tuju jika mahu kembali bersama K-Clique.   

“Kami di K-Clique tak ada masalah pun jika Tuju nak kembali bersama namun keakraban tu tak akan terjalin macam dululah.” 

Itulah sedikit komen dari Noki tentang ketiadaan Tuju di majlis pernikahan dan juga majlis resepi Mk K-Clique di Hotel Wydham Acmar, pada malam Sabtu.