Hari ini satu laporan dari portal Harian Metro mendedahkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ Kuala Lumpur telah meminta pemilik kenderaan mewah McLaren yang telah viral untuk buat report polis.
JPJ KL menasihati pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis ekoran gambar kenderaannya yang menjadi sebutan ramai dan terpalit dengan isu seorang trader yang juga suami kepada pelakon terkenal.
Dari laporan itu, disahkan bahawa nombor plat di kereta McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang yang lain.
“Jadi satu kesalahan untuk tunjukkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan.”
Sementara itu pihak Scrut melalui satu hantaran di FB turut mendedahkan hal berkenaan
Dari penulisan Scrut, no plat QPA1 bukanlah milik Opai, sebalik milik satu syarikat yang bernama Revenue Scope.
“Demi rakan, Uncle turn on Scrut analytica untuk trace owner QPA1. Dari sistem, ianya bukan milik Opai, tetapi milik Revenue Scope Sdn Bhd yang tidak dimiliki pun oleh orang yang bernama Aliff Awang.”
“Maka sah Opai tu hanya pinjam nombor plate orang atau drama saja untuk tunjuk kaya. Cuba kalian tanya dia. QPA1 tu memang nombor dia ke?”
“Uncle trace kereta McLaren tersebut sekali lagi. Uncle temui yang kereta McLaren itu dimiliki oleh individu bernama Abd Hafiz.”
Melihat isu ini berlegar di media sosial termasuklah masuh ke Harian Metro, Opai telah tampil memberi penjelasannya.
Ini video penjelasan dari Opai berkenaan isu ini.
Kata Opai, ini isu yang selalu dimainkan, dan memberitahu di atas jalan, dia pun tak gunakan no plate berkenaan.
“Naik kat portal tak bijak ni, JPJ pun takde panggil, surat call pun tak ada. Penjelasan saya, biasalah orang kahwin nak pakai nombor plate fancy. Kahwin ni pun dah lama dah.”
“Atas jalan raya tak pakai pun no plate ni, sudah lah bosanlah. Orang pakai nama saya pun sebab kita ni bagus.”
Itulah penjelasan dari Opai, suami kepada Fatin Afeefa tentang nombor plate serta kereta Mclaren miliknya.