“Kenapa angkat jari macam tu” Netizen kurang berkenan cara Watie tayang emas

2,082 views

Dah tak lama dah pasangan Shuib Sepahtu dan tunangnya Watie Hanifiah akan melangsungkan perkahwinan. 

Minggu lalu, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah dah pun menjalankan acara malam berinai serta majlis khatam Quran. 

Minggu depan pula, pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahannya. Memang ramai para peminat yang tak sabar nak lihat Shuib untuk naik pelamin sekali lagi bersama pilihan hatinya itu. 

Sempena majlis pernikahan mereka itu, pasangan ini telah menerima tajaan emas dari sebuah kedai emas iaitu Siti Jewels. 

Melalui satu hantaran di IG, Watie telah memuatnaik satu video sedang memakai barangan kemas dari kedai Siti Jewels. 

Ini caption yang ditulis oleh Watie. 

“Syukur alhamdulillah, terima kasih kepada Siti Jewels sebab telah memilih diri saya dan juga Shuib sebagai duta untuk jenama Siti Jewels.”  

“Kami berharap, semoga hubungan kerjasama kita berkekalan dan kami ucapkan selamat maju jaya kepada jenama Siti Jewels.” 

Namun begitu, yang menarik perhatian ialah cara Watie menunjukkan emas yang dipakainya. 

Bakal isteri Shuib ini memakai cincin di jari manis dan kemudian mengangkat satu jari manis itu ke arah kamera. 

Ianya seolah olah jari tengah, namun ianya di jari manis. 

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengatakan ianya agak kurang elok untuk dilihat kerana jika dlihat dengan sekali imbas bagaikan jari tengah pula. 

Ini antara komen yang ditulis oleh warga maya. 

“To be honest, apa eh motif buat jari macam tu? Maaf tidk faham dan rasanya memang amat kurang sesuai.” 

“Fuh, terkejut sis ingat jari tengah tadi.” 

“Memang kena buat jari macam gitu ke siss. Macam aneh saja.” 

“Kedai emas tu rasanya da bolehlah tukar style lain pula, sekali tengok macam tak senonoh. Jangan marah na.” 

“Jujur kata, finger part tu memang so weird.” 

“Tak payah kot buat jari macam gitu. Banyak lagi style lain. Yang pelik-pelik juga nak dijadikan trademark.” 

Sememang tayang satu jari manis sebegitu merupakan trademark dari jena Siti Jewels. Semasa mula dikeluarkan pun dulu, foto di kedai emas ini menjadi viral. 

Oleh itu, sebagai duta, Watie hanyalah membuat trademark, cara dari Siti Jewels itu saja, iaitu naikkan satu jari manis, sambil tayang cincin emas yang dipakai.