Sejak semalam, portal Xtra ada melaporkan bahawa seorang pelakon berstatus ibu tunggal yang mempunyai anak, sedang keluar, dan menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang merupakan berstatus suami orang.
Ada beberapa foto yang tersebar, dan dikatakan lelaki berstatus suami orang yang juga ahli perniagaan itu ada mengikuti pelakon wanita berkenaan sehingga ke Sabah, semasa menjalani penggambaran sebuah program televisyen.
Ramai yang berteka teki, tentang siapakah gerangan pelakon wanita yang dimaksudkan.
Akhirnya teka teki tersebut terjawab setelah tuan punya badan sendiri hadir memberi komen.
Melalui satu laporan dari portal Mstar, pelakon yang dimaksudkan ialah Shakilla Khoriri, yang juga bekas isteri kepada penyampai radio Fizi.
Shakilla Khoriri tak terkejut, telah menjawab isu berkenaan dan baginya, tuduhan seperti itu memang selalu terjadi.
Pelakon berumur 34 tahun ini memberitahu, dia sebagai seorang pelakon, dah tentu dia kena bertemu dengan ramai orang.
“Sejak dah kembali single ni dan tak terikat dengan mana-mana hubungan, saya telah berjumpa dengan ramai orang. Apatah lagi sekarang ni saya dah ada perniagaan sendiri.”
“Kelompok rakan kenalan saya pun sekarang sudah berubah dan bukan hanya di kalangan selebriti saja.”
“Adakalanya saya pun kena jumpa dengan penerbit untuk tujuan berkerja namun orang salah sangka dan cakap saya keluar dengan suami orang.”
Jelas Shakilla Khoriri lagi, dia bagaikan tahu siapa dalang yang menyebarkan gambar berkenaan dan akui mungkin ada yang kurang senang dengan dirinya.
“Saya rasa ada individu yang sebalik hal ini dan dia kenal siapa saya. Jika ada sebarang masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa nak besarkan hal berkenaan.”
“Jumpa saya terus kerana hal ini adalah satu fitnah yang sangat melampau.”
“Sebenarnya saya pun dah malas nak layan tapi bila saya diam, mereka dah makin melampaui batas.”
“Saya rasa tak perlulah saya mengeruhkan lagi keadaan sebab nanti ia akan memberi kesan kepada family, terutamanya anak perempuan saya.”
Itulah jawapan dari Shakilla Khoriri tentang isu melibatkan dirinya dengan seorang jejaka, yang juga seorang suami orang.