“Rasa nak nangis jap” Raja Permaisuri Agong usap perut Siti Elizad, doakan agar dapat zuriat

1,177 views

Pelakon dan penyampai radio Sinar, Siti Elizad bercerita satu pengalaman bertemu dengan Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah. 

Menerusi satu hantaran, Siti Elizad telah bertemu dengan Raja Permaisuri Agong, yang baru saja pulang dari menunaikan ibadah Haji. 

Apabila bertemu, Permaisuri terus saja mengusap di bahagian perutnya dan mendoakan agar Siti Elizad akan mendapat cahaya mata. 

Siti Elizad yang memang diketahui sedang berusaha untuk hamil dan mendapatkan cahaya mata ternyata amat terharu dengan doa dari Permaisuri Agong. 

Melalui caption, Siti Elizad menulis sedikit perbualan antara dirinya dan juga dengan Tunku Azizah Aminah. 

Tunku Permaisuri: “Elizad, saya ni baru saja balik dari Haji ni. Insyaallah nanti adalah rezekinya. Terus ikhtiar lagi ye. (Sambil mengusap perut Elizad). Cuba dan terus cuba lagi ye, jangan putus asa.” 

Doa dari Permaisuri Agong itu membuat Elizad amat terharu. Katanya, memang selalu saja Tunku Azizah memberi sokongan kepadanya. 

“Saya memang amat terharu dan tersentuh. Gembira pun ada, semua adalah. Terima kasih kepada Raja Permaisuri Agong atas prihatin dan doa yang indah buaty saya, tak henti dari dulu lagi, minta semua aminkan saja.” 

“Tunku Permaisuri usap perut kita, doa yang indah, rasa nak nangis jap.” 

Ini foto yang dikongsikan oleh Siti Elizad. 

Melihat di ruangan komen, rata-rata memberi kata-kata semangat buat Siti Elizad, dan ini termasuklah rakan selebriti juga seperti Bella Astilla, Janna Nick, Puteri Aishah, Didi Elias, Kaka dan ramai lagilah. 

Semuanya menulis komen, mengaminkan doa dari Raja Permaisuri Agong. 

Umum mengetahui, Siti Elizad pernah jalani rawatan IVF dan telah pun hamil, namun akhirnya masih lagi tidak berjaya. 

Apapun, sama-sama kita doakan agar Siti Elizad akan menerima rezeki zuriat dengan ke izinan dari Nya.