Rasa isi hati jujur dari Mamat Sepah, ulas isu Jep, Shuib

12,969 views

Nama kumpulan Sepah memang dah tak peru diperkenalkan lagi. Muncul sebagai juara dalam Raja Lawak, dan juga Maharaja Lawak Mega, kumpulan yang terdiri dari Jep, Shuib dan Mamat ini terus saja mengorak langkah meneruskan kerjaya mereka yang gemilang dalam bidang seni. 

Namun kini, setelah lebih sedekad dalam bidang seni, kumpulan Sepah kini di ambang perpecahan. 

Mulanya Jep dan Shuib telah keluar dan membentuk kumpulan Sepahtu, tinggallah Mamat seorang yang membawa nama Sepah. Jep dan Shuib pula semakin gah bersama kumpulan Sepahtu. 

Akan tetapi, kini dah timbul pula isu melibatkan Shuib dan juga Jep. 

Melihat isu ini, Mamat Sepah telah ditanya oleh pihak media tentang masa depan kumpulan Sepah ini, adakah ada sinar untuk bersama kembali. 

Jelas Mamat, secara jujur, dia merasakan memang agak sukar untuk mereka kembali bersama ketika ini. 

Masing-masing ada kehidupan yang mereka pilih, dan mempunyai tanggungjawab serta keutamaan masing-masing.  

“Secara personalnya, semua pun dah tahu dengan isu yang timbul. Dulu 12 tahun lepas pun dah ada isu dengan saya. Kita pun berpecah masa tu, sekarnag bertambah lagi isu.” 

“Umur dah meningkat sekarang ni, masing-masing ada kerjaya sendiri, ada family sendiri. Mungkin sekarang ni lebih baik pentingkan dan fokus pada diri sendiri.” 

“Contoh saya dah ada keluarga, saya utamakan isteri saya, waktu saya. Dalam masa sekarang ni, walaupun saya gerak solo, masih lagi tak dapat luangkan masa banyak dengan isteri.” 

“Sekarang semua ahli dah samapi level tahap jutawan, Alhamdulillah, syukur saya ni sangat gembira dengan impian kita yang sebelum ini nak jadi somebody.” 

“Namun apabila sekarang ni timbulnya isu perpecahan, ada hal yang berbangkit, memang saya pun tak sangka keadaan jadi macam ini.”  

“Secara periadi memang saya mahu menyatukan semual kumpulan Sepah.” 

“Tetapi saya sedar, keadaan sekarang ni, agak sukar untuk disatukan semula.” 

Namun Mamat berharap satu hari nanti mereka akan bersatu semula dan meminta semua peminat mendoakan kumpulan Sepah. 

“Tapi satu hari nanti, kalau disatukan semula, saya tak akan menolak, saya memang suka.” 

“Cumanya sekarang ni, masing-masing pun sibuk, dengan kerja, dengan perniagaan, saya tak rasa akan bersatu dalam masa terdekat.” 

“Harapnya, semua penyokong peminat Jep, Shuib dan saya, doakan kami agar bersatu, dapat minum kopi sama-sama pun jadilah.” 

Tentang namanya yang masih lagi menggunakan nama Sepah, Mamat berkata, dia tak akan menukarnya. 

“Nama Mamat Sepah ni saya memang tak akan tukar sama sekali, bagi saya, nama ni memang amat bertuah buat saya.” 

“Itu nama yang orang kenal saya dalam indisutri, dan saya akan teruskan guna nama Mamat Sepah. Betul, orang kata Sepah ni satu kenangan yang amat manis untuk saya.” 

“Nama ni juga yang saya dah create, walaupun sepah, tetapi ianya tetap manis sampai bila-bila.” 

“Dulu 12 tahun yang lepas, memang ada fikir nak tukar nama, masa mula berpecah kan. Ada kawan saya kata, sia-sia saja nak tukar, nak buat apa tukar. Sebab nama tu pun saya yang buat.” 

Baru-baru ini Mamat Sepah bersama kumpulan Majakelat telah dinobatkan sebagai pemenang rancangan Mega Spontan musim pertama dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000. 

Apapun, kepada peminat, sama-sama doakan saja untuk kesemua ahli kumpulan Sepah, Jep, Shuib dan Mamat, mana tahu semua terbuka hati dan kembali bersama, di atas pentas untuk hiburkan para peminat mereka.