Shila Amzah ‘baran’ tengok video influencer kahwin satu lagi

2,629 views

Ketika ini sedang tular kisah seorang influencer di laman media sosial yang telah berkahwin dua. 

Influencer berkenaan memuatnaik bebrapa video menunjukkan isteri pertamanya telah pun memberi kebenaran kepadanya untuk berkahwin seorang lagi. 

Dari video itu, lelaki berkenaan memaparkan dirinya bersolat bersama dan kemudian memujuk isterinya sebelum bernikah dengan wanita lain. 

Katanya isteri pertamanya itu dah redha dengan perkahwinan keduanya. 

Selain itu, influencer berkenaan turut memuatnaik satu lagi video menunjukkan dirinya meluangkan masa bersama isteri pertama. 

Kisah ini sedang hangat diperkatakan dan menjadi topik bualan utama di kalangan warga maya. 

Sehingga kini sudah lebih 6 juta views yang menonton video berkenaan dan pelbagai komen yang diberikan, kebanyakkan bersimpati dengan isteri pertamanya. 

Antara yang turut meluahkan rasa hati ialah penyanyi terkenal yang baru saja mendirikan rumah tangga iaitu Shila Amzah. 

Melalui satu ciapan, Shila Amzah berpendapat, jika seseorang itu benar-benar sayang kepada isteri pertama, dia tak akan sesekali menduakan wanita tersebut. 

Shila Amzah juga naik angin melihat kisah yang sedang tular ini. 

“Kalau awak tu betu amat sayang isteri pertama, tak adanya nak kahwin satu lagi.” 

“Walaupun dah dapat keizinan dari isteri pertama untuk kahwin satu lagi.” 

“Eh baran pula tengok Tiktok hari ini.” 

“Fikir logik dah la, tak perlulah nak buat posting penghargaan kepada isteri pertama panjang berjela kononnya awak tu amat hargai isteri pertama, tapi akhirnya awak memilih untuk menduakan dirinya.” 

Melihat reaksi warga maya, rata-rata bersetuju dengan Shila Amzah. 

“Setuju dengan kata-kata dari Shila Amzah, kesian isteri pertamanya.” 

“Mulai hari ini saya jadi peminat nombor satu Shila Amzah.” 

“Sokong dengan Shila, terima kasih jadi wakil kami.” 

Itulah sedikit pendapat dari Shila Amzah tentang kisah yang sedang hangat ketika ini.