Reaksi Neelofa dan Datin Kartini tentang kisah rumah tangga Noor Nabila, Engku Emran

4,467 views

Kini perkahwinan di antara Noor Nabila dengan Engku Emran bagaikan telur di hujung tanduk. 

Nabila akui dirinya dan Emran dalam proses untuk berpisah, dalam proses penceraian. 

Jelas Nabila, Engku Emran sendiri dah pun meluahkan hasratnya untuk berpisah dengannya sejak suaminya itu keluar dari rumah awal tahun ini, sekitar bulan January. 

Kisah rumah tangga Nabila ini dah tentu membuatkan Neelofa turut terpalit sama. 

Melalui satu laporan, ada pihak media yang bertanya tentang hal itu kepada Neelofa. 

Namun Neelofa berkata dia sebenarnya tak mahu ambil tahu kisah rumah tangga kakaknya itu. 

Dia tak layan kata-kata dari orang ramai dan hanya mengambil pendekatan untuk mendoakan keluarganya saja.   

“Saya ni tak berapa suka mahu amuk tahu hal ini, saya malas.” 

“Kita ni adik-beradik selalu saja mendoakan yang terbaik, dalam apa-apa keadaan sekali pun. Bahagia atau tak, kita doakan yang terbaik saja.” 

“Jujur saya ni tidak ambil tahu malah tidak pernah bertanya pun.” 

Neelofa berkata sedikian kepada portal Hibglam baru-baru ini. 

Dalam pada itu, Neelofa berkata kakaknya itu tak ada pun bercerita secara terperinci kepada dirinya tentang masalah yang dialaminya.   

“Cerita kepada saya tu memang tidak ada, tetapi mungkin dia ada cerita dengan adik beradik lain.”  

“Nabila pun tahu saya ni ada banyak benda lain yang mahu fokus.” 

“Sepanjang tempoh ini, saya nampak dia biasa saja, oleh itu saya pun tak adalah nak bertanya apa, kecuali kalau dia telefon saya secara peribadi dan bercerita, itu lainlah.” 

Sementara itu, ibu kepada Nabila dan Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berkata, dia pun tak masuk campur urusan rumah tangga anaknya itu. 

Katanya, segala pertanyaan boleh terus diajukan kepada Nabila. 

“Nabila dah dewasa, dia pun dah ada keluarga sendiri, jadi jika mahu tahu kena tanya dia sendiri.” 

“Urusan rumah tangga anak-anak ni memang saya enggan masuk campur, tak nak tahu.” 

“Saya hanya mahu hidup bahagia dengan anak cucu saja. Bagi saya, mereka dah sempurna di mata, dan juga hati saya.” 

Itulah komen dari Neelofa yang juga isteri kepada Pu Riz, dan juga ibunya Datin Noor Kartini tentang kisah rumah tangga yang sedang melanda kakaknya, Noor Nabila dan juga Engku Emran.