“Menggeletis hero Malaysia nak handle kes ni” Anju komen kes Cap dan Ebit Lew

37,437 views

Isu melibatkan ustaz Ebit Lew dan penyanyi Cap serta Mondy, sudah pun masuk kes polis dan kini dalam siasatan. 

Malah Ebit Lew pun dah bertindak dengan mengambil tindakan saman ke atas Caprice serta Mondy. 

Kes ini nampaknya mendapat perhatian seorang lagi selebriti yang bersuara lantang iaitu Zarina Anjoulie atau lebih dikenali dengan nama Anju. 

“Apa cita pasal perempuan ni, apa masalahnya. Anju nampak dia pun dah pergi buat report polis.” Kata Anju lagi. 

Tentang penglibatan penyanyi berkenaan, kata Anju, Cap ni mahu menjadi hero dan mahu selesaikan kes berkenaan. 

“Cap tengah handle kes ni. Dah tentu, of course Cap ni menggeletis nak selesaikan kes ni.” 

“Hero Malaysia ni dah menggeletis nak handle.” 

“You know why Cap doing that, dia kan hero Malaysia, korang kena faham.” 

“Kalau tak ada Cap ni kat Malaysia, susah. Tak perlu polis, perlukan Cap saja.” 

Anju juga sempat berterima kasih kepada ustaz Ebit Lew yang selama banyak membatu golongan yang memerlukan. 

Namun jelasnya, selepas ini hanya fokus bantu orang Malaysia saja.

“Untuk Ebit Lew, terima kasih sudi membantu orang ramai, itu memang tak dinafikan, memang dia banyak bantu orang.” 

“Tapi bagi Anju, tak perlulah nak bantu orang luar dah, fokus kat orang kita je lepas ni. Banyak ornag kita ni perlukan bantuan, dalam Malaysia.” 

“Pada Anju lah, nak hindar benda macam nilah, benda macam ni jadi pun dah tak best.” 

“Kita tak tahu hati budi orang kat luar ni.” 

Jelas pelakon ini lagi, sebagai orang luar, dia pun tak tahu menahu tentang mana yang benar atau sebaliknya, oleh itu dia pun tak ada mahu memilih side. 

“Sebenarnya kita pun tak tahu mana betul mana benar, tapi saya pun tak nak pilih side. Kita saja discuss je, kita pun tak ada kat situ, tak tahu benda sebenarnya.” 

Itulah sedikit ulasan dari Anju tentang kes melibatkan Cap dan juga ustaz Ebit Lew serta Mondy, wanita dari negara seberang.