Jenaka Elly Mazlein, akhirnya Cliff Umar beri responnya

31,005 views

Juara Gegar Vaganza musim ke tujuh iaitu Cliff Umar, dimumkan sebagai peserta dengan markah terendah di minggu kedua GV10 atau All Stars Gegar Vaganza. 

Sekaligus Cliff Umar peserta pertama tersingkir dari rancangan berkenaan bersama Suki Low, yang mendapat markah kedua terendah. 

Di minggu kedua ini, pengacara Elly Mazlein telah memohon maaf kepada Cliff Umar. 

Namun ternyata Cliff Umar tak faham apa yang terjadi. 

Kata Cliff Umar dia sebenarnya agak blur dengan apa yang berlaku. 

Jelas penyanyi berumur 40 tahun ini, Elly Mazlein ada datang meminta maaf kepadanya di belakang pentas. 

Ini ekoran kata-kata dari Elly Mazlein semasa minggu pertama, yang mengatakan bahawa Cliff Umar bagaikan bukan taste nya. 

Di pentas GV, Elly Mazlein sebelum ini selalu saja suka mengusik terutama peserta yang kacak dengan mengatakan peserta berkenaan helok. 

Berkenaan lawak berkenaan, Cliff tidak terasa hati langsung dan tahu itu hanya jenaka dari Elly Mazlein.  

“Jujur saya cakap yang saya tak dengar pun apa yang dikatakan kak Elly tu. Masa dia jumpa saya belakang pentas untuk minta maaf, saya memang blur dan tertanya-tanya mengapa dia nak minta maaf? Apa dia buat.” 

Cliff menambah, dia faham dengan kerja Elly Mazlein yang dikenali dengan nama Kak Lina Pompom semasa di pentas GV. 

“Jangan mengecam Kak Lina tu. Dia hanya nak bergurau saja. Itu kan kerjanya nak menghiburkan orang.”   

“Saya pun tak ada terasa hati pun dengan gurauannya itu. Lagi pun di Malaysia, ramai penonton memang suka dihiburkan dengan cara sedemikian. Hal tu tak jadi masalah, saya pun okey saja.” 

Itulah kata dari Cliff Umar yang amat positif sekali, tentang jenaka dari Elly Mazlein.