Juri minta Tomok, Naqiu kurangkan beremosi, fokus nyanyian merdu

11,865 views

Untuk minggu kedua All Stars Gegar Vaganza, Hady Mirza telah mencatatkan markah yang tertinggi. 

Sememangnya tidak dinafikan Hady menyampaikan lagu dengan penuh jiwa dan amat merdu. 

Penyanyi dari Singapore ini mendapat markah sebanyak 79 markah untuk ungguli minggu kedua, jauh meninggalkan Cliff Umar yang hanya menerima markah 53 markah saja, sekaligus menduduki tempat terendah. 

Sementara itu, pihak juri juga memberi sedikit ingatan kepada para peserta untuk tidak terlalu bermain emosi dan fokus kepada bab nyanyian. 

Ini terutama kepada dua peserta iaitu Tomok dan juga Naqiu. 

Naqiu menduduki tempat ke lapan manakala Tomok menduduki tempat ke 11.

Semasa nyanyian dari Tomok, Tok Ram berkata, ada bahagian yang mana Tomok tidak menyanyi. 

Ianya disetujui oleh dua juri yang lain. 

Tok Ram berkata: “Bahagian korus tu awak tak menyanyi. Saya faham awak bertanding namun kena ada seninya.” 

Hetty Koes Endang juga menambah: “Dinamic kena ada itu bagus, tapi jangan beremosi berlebihan. Kamu terlalu over.” 

Sama seperti Tomok, persembahan Naqiu juga dikatakan terlalu beremosi dan tidak fokus kepada bab nyanyian. 

Tok Ram berkata: “Seluruh persembahan lagu ni dah ada skrip. Jalan cerita lagu yang ada skrip. Awak dah lupa bahagian menyanyi sama juga seperti Tomok. Nampak macam serius sangat, kena ada suara merdu tu.” 

Datuk Syafinaz juga bersetuju, ini komen darinya: “Bila nak luahkan kemarahan itu kena ada levelnya. Harus pandai control level dia tu. Hati-hati jangan terlalu beremosi.” 

Tomok dan Naqiu keduanya menerima teguran dan nasihat dari para juri tentang hal berkenaan. 

Namun begitu, di ruangan komen, rata-rata menyukai persembahan kedua dua penyanyi berkenaan. 

Ini antara beberapa komen untuk Naqiu dan Tomok dari para penonton. 

Pada minggu ini, Suki dan Cliff Umar diumumkan telah tersingkir. 

Untuk minggu depan, minggu ketiga, para peserta All Stars Gegar Vaganza akan dicabar dengan menyanyikan lagu di luar keselesaan mereka.