Siaran langsung bersama Ira Kazar, Nilam Ortiz buat report polis - News Tel

Siaran langsung bersama Ira Kazar, Nilam Ortiz buat report polis

4,448 views

Mesti semua masih ingat dengan isteri kepada pelakon Azlan Komen bernama Nur Nilam Ortiz. 

Nilam sebelum ini tular setelah membuat pendedahan dirinya terkena buatan orang sehingga anak dalam kandungannya telah hilang. 

Kali ini ada satu lagi isu yang tular tentang Nilam. 

Ini setelah Nilam tampil bersama dengan isteri kepada Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. 

Nilam dan Ira Kazar berbual bersama dalam satu sesi siaran langsung dan video berkenaan ditonton orang ramai. 

Namun ternyata ramai yang memberi komen kurang enak setelah tampilnya Ira dalam video Nilam itu. 

Malahan Nilam turut menerima ugutan dek kerana video berkenaan. 

Lantaran itu, Nilam telah pun membuat satu report polis kerana menerima mesej sedemikian. 

Katanya, dia membuat report demi menjaga dirinya sebagai pelindungan. 

Sememangnya Nilam tak menyangka sehingga begitu jadinya setelah Ira tampil dalam videonya.  

“Memang begitu teruk sangat, sampaikan saya terima ugutan pula.” 

“Mereka kata saya ni berpihak kepada penyondol. Ada yang nak langgar saya.” 

Jelas Nilam, dia bukannya berpihak kepada Ira, sebaliknya hanya menerimanya sebagai tetamu saja, layan sebagai jemputan.  

“Hakikatnya ketika siaran langsung itu, saya pun tak adalah nak berpihak kepada dia pun. Saya hanya santuni Ira sebagai seorang tetamu.”  

“Sebenarnya saya pun ada kenakan Ira dalam siaran tu, dan ianya secara berlapik.” 

Ekoran mesej yang diterima, Nilam mengatakan dirinya khuatir untuk keluar rumah. 

Malahan Ira juga ada meminta maaf kepadanya atas kesan yang terkena kepada Nilam. 

“Ira pun ada minta maaf kerana terkena tempias. Tapi dia minta maaf melalui suami saya sebab saya dan Ira tak adalah rapat mana.” 

“Takpelah benda pun dah terjadi. Tapi saya sempat pesan kepada suami agar Ira tak buat apa-apa kenyataan, sebab ramai yang tak senang dengan dirinya.” 

Bukan itu saja, Nilam juga bercadang untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap orang luar yang menajdi batu api dan memberi mesej tak baik selepas ini.  

“Memang saya mahu ambil tindakan undang-undang, malah dah inform kepada peguam untuk ambil tindakan kepada mereka yang ambil video sekerat-sekerat.” 

“Ini libatkan nama dan juga keselamatan saya, tak boleh nak diam saja.” 

Itulah sedikit kisah melibatkan Nur Nilam Ortiz dan juga isteri Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar. 

Latest from Hiburan


Jenaka Elly Mazlein, akhirnya Cliff Umar beri responnya

31,009 views

Juara Gegar Vaganza musim ke tujuh iaitu Cliff Umar, dimumkan sebagai peserta dengan markah terendah di minggu kedua GV10 atau All Stars Gegar Vaganza. 

Sekaligus Cliff Umar peserta pertama tersingkir dari rancangan berkenaan bersama Suki Low, yang mendapat markah kedua terendah. 

Di minggu kedua ini, pengacara Elly Mazlein telah memohon maaf kepada Cliff Umar. 

Namun ternyata Cliff Umar tak faham apa yang terjadi. 

Kata Cliff Umar dia sebenarnya agak blur dengan apa yang berlaku. 

Jelas penyanyi berumur 40 tahun ini, Elly Mazlein ada datang meminta maaf kepadanya di belakang pentas. 

Ini ekoran kata-kata dari Elly Mazlein semasa minggu pertama, yang mengatakan bahawa Cliff Umar bagaikan bukan taste nya. 

Di pentas GV, Elly Mazlein sebelum ini selalu saja suka mengusik terutama peserta yang kacak dengan mengatakan peserta berkenaan helok. 

Berkenaan lawak berkenaan, Cliff tidak terasa hati langsung dan tahu itu hanya jenaka dari Elly Mazlein.  

“Jujur saya cakap yang saya tak dengar pun apa yang dikatakan kak Elly tu. Masa dia jumpa saya belakang pentas untuk minta maaf, saya memang blur dan tertanya-tanya mengapa dia nak minta maaf? Apa dia buat.” 

Cliff menambah, dia faham dengan kerja Elly Mazlein yang dikenali dengan nama Kak Lina Pompom semasa di pentas GV. 

“Jangan mengecam Kak Lina tu. Dia hanya nak bergurau saja. Itu kan kerjanya nak menghiburkan orang.”   

“Saya pun tak ada terasa hati pun dengan gurauannya itu. Lagi pun di Malaysia, ramai penonton memang suka dihiburkan dengan cara sedemikian. Hal tu tak jadi masalah, saya pun okey saja.” 

Itulah kata dari Cliff Umar yang amat positif sekali, tentang jenaka dari Elly Mazlein. 

Go to Top