Lawak Jihan libatkan nama bapa, ini reaksi Azmi Saat

37,531 views

Pada minggu ke empat All Stars Gegar Vaganza, penyanyi Azmi Saat, vokalis Caliph Busker, telah dijemput untuk berduet dengan Azharina. 

Sebelum naik ke pentas, seperti biasa, pengacara Gegar Vaganza, akan memperkenalkan peserta. 

Semasa mahu perkenalkan Azharina dan Azmi, pasangan pengacara iaitu Jihan dan Nabil, ada membuat sedikit lawak selingan tentang saat. 

Walaupun hanya bergurau tentang saat ke minit, namuan ada yang kurang senang dengan lawak berkenaan. 

Ini kerana ianya melibatkan nama bapa kepada Azmi Saat. 

Di media sosial, ramai penonton kurang gemar dengan jenaka melibatkan nama ayah kepada seseorang. 

Akhirnya, tuan punya badan iaitu Azmi telah tampil memberi komen tentang hal tersebut. 

Azmi berkata dia sedar akan hal itu, dan tahu ianya akan diperkatakan, kerana itu merupakan hal yang agak sensitif, berkata tentang nama bapa seseorang. 

Namun Azmi tak terasa hati tentang lawak dari Jihan itu, apatah lagi dia dan Jihan merupakan kawan. 

“Masa mula Jihan cakap tu, saya kat belakang stage, bila saya dengar, saya cakap, eh ni bahaya ni.” 

“Bila nama ayah ni dibuat main, memang akan jadi kecoh, jadi isu.” 

“Orang pun tahu, tak boleh buat main nama ayah.” 

“Saya tak adalah marah ke apa, sebab saya dah kenal Jihan tu.” 

Azmi Saat berkata, selepas jenaka berkenaan, Jihan sudah pun meminta maaf kepadanya. 

“Tapi Jihan pun ada mesej kat saya, dia dah minta maaf. Saya cakap kat dia, jangan risau, saya tak ada apa masalah.” 

Apapun Azmi Saat akui, gurauan melibatkan nama bapa ni tidak berapa diterima dikalangan orang Malaysia. 

“Cuma kena ingatlah, gurau jenaka tentang nama bapa ni agak menyentuh hati orang kat Malaysia.” 

“Semua orang bangga dengan nama ayah dia kan, bila buat main nama ayah, memang orang tak suka lah.” 

Azmi menambah, hal lawak sedemikian tiada isu jika antara rakan-rapat, tetapi jika sudah secara public, sudah tentu orang lain sukar menerimanya. 

“Gurauan macam ni kalau hanya antara kawan tak ada apa pun. Macam dengan Nabil ke.” 

“Tapi kalau dibuat di public, orang lain tak dapat terimanya. Apatah lagi kalau melibatkan orang kelainan upaya.” 

Itulah kenyataan dari Azmi Saat tentang lawak Jihan Muse tentang saat yang melibatkan nama ayahnya.