“Mereka membesar depan mata saya” Menangis bila ditanya tentang Shila Amzah

4,563 views

Sekarang ni tengah popular kembali lagu lama berjudul Lemak Manis. 

Lagu ini kembali terkenal melalui platform media sosial, dan ramai yang menggunakannya sebagai lagu latar. 

Penyanyi asalnya bernama Roslan Madun yang kini dah pun berumur 71 tahun. 

Ramai yang tak tahu, sebenarnya Roslan memang rapat dengan keluarga ND Lala termasuklah Shila Amzah. 

Apabila ditanya tentang isu keluarga ND Lala, terutama yang paling baru, melibatkan isu perbalahan adik beradik Shila Amzah, Roslan Madun telah mengalirkan air matanya. 

Sebagai orang tua, Roslan amat sebak mengenangkan hal berkenaan. 

Roslan akui dia amat baik dengan ND lala dan telah anggap anak-anaknya bagaikan anak sendiri.  

“Anak-anak rakan saya ND Lala ni dah macam anak saya sendiri. Saya pun anggap mereka macam keluarga sendiri. Saya sedih.”  

“Mereka adik beradik pun membesar depan mata saya juga. Saya sendiri melihat semasa mereka susah dan juga senang.” 

“Sungguhpun tak berapa rapat dengan adik beradik yang lain, namun dengan Shila itu, kami selalu pergi ke majlis bersama sama. Ini kerana Shila dah bermula menyanyi sejak dia masih kecil.”  

“Saya dulu ada persembahan di Pahang, kalau ada artis yang lambat sampai, Shila lah orang yang akan isi slot kosong di majlis itu.” 

Kata Roslan, dia harap sangat ahli keluarga Shila Amzah akan selesaikan hal mereka dengan baik.  

“Saya harapkan, semoga mereka satu family akan bertemu dan berjumpa. Sebab itu merupakan jalan penyelesaian yang paling baik.” 

“Apapun susah juga nak cakap lebih sebab isu itu tak kena kat saya.” 

“Saya hanya dapat doakan mereka berbaik.” 

Roslan menambah sehingga kini dirinya masih lagi berhubungan dengan ND Lala, yang juga terkenal dengan lagu tradisi dan juga lagu rakyat. 

“Sampai sekarang ni saya dan ND Lala masih lagi berhubung.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Roslan Madun tentang kisah anak kepada ND lala, adik beradik Shila Amzah dan juga ibunya Fauziah Sarman, yang baru-baru ini meletus melibatkan rumah mereka.