“Berat tuduhan itu” Sabri Yunus, lantas bekas Mufti Wilayah Persekutuan pun beri kenyataan

19,277 views

Pasangan pengantin baru Sabri Yunus dan Angeline Tan telah disatukan dalam satu majlis di Perlis pada 14 Oktober yang lalu. 

Walaupun pernikahan yang di laksanakan oleh Mufti Perlis iaitu Dr Maza, namun telah timbul dakwaan bahawa ianya tak sah. 

Ada ustaz yang mengatakan ini kerana majlis berkenaan tak penuhi ucapan ijab dan qabul kerana Sabri hanya menyebut aku terima nikah saja. 

KOMEN SABRI YUNUS

Mengetahui hal berkenaan, Sabri Yunus telah meluahkan rasa hatinya. 

Kata Sabri dia tak sangka ianya boleh menjadi isu. 

Dakwaan pernikahan tak sah, merupakan satu perkara yang berat buat dirinya.   

“Saya sedar apa akan berlaku pada sesetengah pihak bila kami buat keputusan untuk bernikah di Perlis oleh Datuk Dr Maza.” 

“Ada sebab tersendiri mengapa saya memilih bernikah di negeri Perlis. Tapi tak sangka isu lain timbul.” 

“Isu ini tak terbayang di fikiran saya.” 

“Ada mengatakan bahawa pernikahan kami tidak sah. Dan terus membuat kesimpulan kami telah melakukan tindakan berzina. Berat tuduhan tersebut.”  

Pelakon berumur 62 tahun ini juga nafi ada sebarang kekeliruan berlaku. 

“Dikatakan qabul yang mengelirukan, sebenarnya siapa yang keliru?” 

“Semasa majlis tu hanya perlu dua saksi walau hampir 25 orang yg hadir. Dua-dua saksi tak ada pun kekeliruan dan 25 hadirin juga tak ada yang keliru.” 

Sabri Yunus meminta jika ada yang kurang bersetuju dengan Dr Maza agar tidak melibatkan dirinya. 

“Janganlah kami dikaitkan jika ada perseteruan tuan.” 

PENJELASAN BEKAS MUFTI WILAYAH

Dalam pada itu, seorang lagi tokoh agama, bekas mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Zulkefli Al Bakri turut memberi pandangannya tentang isu ini. 

Dr Zulkefli memberi pandangan bahawa pernikahan itu sah. 

Jelasnya, cukup dengan ucapan aku terima atau aku redha, ianya dah memadai. 

“Kami telah berpendapat bahawa ucapan balas dari pengantin lelaki ‘Aku terima’ atau ‘Aku reda’ pun dah memadai dan mencukupi, maka perkahwinan itu dah pun sah.” 

“Ini kerana dapat difahami yang ucapan wali sebenarnya, maka dah jelas ucapan pengantin lelaki lelaki merujuk kepada perkahwinan.” 

Sekiranya dua tokoh agama iaitu Mufti Perlis, dan juga bekas Mufti Wilayah pun dah kata ianya sah, maka tak perlulah lagi ada golongan lain yang persoalkan lagi status pernikahan antara Sbari Yunus dan Angeline Tan.