Fizi Ali bawa anak pergi waterpark selepas majlis nikah

2,984 views

Penyampai radio, Fizi Ali baru saja mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan bernama Siti Zulaikha atau Tiz. 

Sebelum ini, bekas isterinya, pelakon Shakilla Khoriri ada berkata, bahawa Fizi menyatakan dia mahu mengambil anak kerana ingin membawanya ke water park. 

Namun rupanya, bukan bawa ke water park, sebaliknya untuk hadir ke majlis pernikahannya dengan Tiz. 

Semalam petang, akhirnya Fizi Ali memuatnaik foto yang mana menunjukkan dia membawa keluarga barunya ke water park seperti yang telah dijanjikan. 

Fizi membawa isteri barunya, bersama anaknya, Ameena dan juga seorang lagi anak perempuan iaitu anak kepada Tiz. 

Penyampai radio berumur 36 tahun ini berada di Splash Manis Water Park, yang terletak di Bandar Gamuda Cove, area Dengkil, pada hari Selasa. 

Ini caption yang ditulis oleh Fizi Ali.  

“Hari ini daddy dan mama dah membawa anak-anak pergi ke taman tema air. Ada di sini dari pagi sampailah ke waktu malam, jalan-jalan di sini.” 

“Memang sampai penat mereka bermain-main. Sekarang tidurlah sayang.” 

Ada dua gambar yang dimuatnaik oleh Fizi Ali iaitu gambar di kawasan pantai buatan iaitu Ombaking Cove yang berlara belakang kapal. 

Gambar kedua pula menunjukkan Fizi dan keluarga dah balik, dan anak-anak keletihan sampai tertidur. 

Ameena di lihat tidur di sebelah kakak tirinya itu sambil berpegangan tangan.   

Fizi jugua sempat meminta maaf kepada kedua-dua anaknya itu jikalau ada sebarang kekurangan dari pihaknya sebagai ayah. 

“Awak berdua ni tak ada salah. Maafkan daddy dan mama jika ada yang terkurang.” 

Apapun, semoga Fizi Ali dan isteri barunya Siti Zulaikha yang menggunakan nama Tizlkha di media, akan terus berbahagia, selamat pengantin baru diucapkan.