“Sharon ada mengadu pada saya” Norlia Ghani, ibu Rusdi Ramli

21,694 views

Sharon Paul, komposer terkenal yang juga isteri kepada pelakon Rusdi Ramli ada mendedahkan bahawa rumahtangganya kini di fasa yang amat mencabar. 

Kata komposer berumur 46 tahun ini, dirinya dan suami tidak dapat berkomunikasi dengan baik. 

Malah Sharon akui secara jujur, dia dan Rusdi sudah lagi tidak sehaluan sebagai suami isteri. 

“Kami dah tak sehaluan, kalau lihat, banyak event yang saya hadir pun Rusdi dah tiada di sisi saya.” Itu antara kata-kata dari Sharon. 

Sharon hanya menyerah takdir dan hanya menunggu saja keputusan dari Rusdi Ramli. 

Dalam pada itu, ibu kepada Rusdi Ramli iaitu pelakon veteran Norlia Ghani akui baru saja tahu akan hal rumah tangga anaknya itu. 

Norlia, 75 tahun, berkata, dia hanya tahu kisah perkahwinan anaknya melalui sosial media saja. 

“Saya agak terkejut apabila dapat tahu isu rumah tangga Rusdi dan Sharon dari laman media.”  

“Sebabnya, Rusdi ni tak pernah nak cerita tentang hal rumah tangga kepada saya, ni memang sejak dari dulu lagi.”  

“Anak saya memang seorang yang tak suka cerita tentang hal rumah tangganya dan dia lebih suka selesaikan semuanya sendiri.” 

“Ini mungkin sebab dia tak mahu buat saya rasa risau.” 

Sementara itu, Norlia Ghani turut mendedahkan bahawa menantunya, Sharon Paul ada mengadu kepadanya tentang Rusdi.  

“Cumanya Sharon pernah mengadu pada saya, katanya Rusdi ni dah lama tiada job.” 

“Bagi saya, ini mungkin berkaitan dengan masalah wang ringgit dan perbelanjaan untuk rumah tangga mereka.” 

Sebagai ibu, Norlia hanya mendoakan anaknya itu, dan meminta mereka berdua selesaikan hal keluarga dengan baik.  

“Dalam perkahwinan ni memang tak dapat lari dari masalah dan ianya terpulang kepada kita untuk mengaturnya.” 

“Semua ibu dah tentu mengharapkan rumah tangga anak dan menantu akan berkekalan.”  

“Namun, saya pun reda sekiranya jodoh mereka sampai setakat itu saja.” 

Norlia memberi pesan, agar Rusdi dan Sharon fikir masak-masak sebelum buat keputusan.  

“Saya pun pernah alami keruntuhan rumah tangga dan anak-anak yang menjadi mangsa.” 

“Antaranya kena putuskan, anak-anak ni tinggal dengan siapa.”  

“Oleh itu, sebelum mahu buat sebarang keputusan, fikirlah betul-betul, dan dah tentu keutamaan kepada anak-anak dulu.” 

Sehingga kini, hanya Sharon Paul saja yang memberi kenyataan tentang keadaan rumah tangganya. 

Sampai sekarang, Rusdi Ramli, 53 tahun, mengambil pendekatan untuk berdia diri, dan segala panggilan dan mesej dari pihak media tidak dibalasnya. 

Rusdi dan Sharon berkahwin pada tahun 2008 dan mereka mempunyai dua cahaya mata, keduanya anak lelaki. 

Anak sulung Rusdi Ramli dan Sharon Paul berumur 14 tahun iaitu Reo Ridza, manakala anak kedua berumur 11 tahun bernama Ryan Ridza.  

Rusdi Ramli mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Efiezal Ridza yang dah berumur 33 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.