“Cakap dengan suami kau..” Tak puashati dengan Tok Ram di GV, ramai mesej Datin Alyah

4,254 views

Nama Datuk Ramli MS sudah sebati dengan program popular Gegar Vaganza. Maestro music ini merupakan satu-satunya juri yang kekal dari season pertama sehingga season yang terbaru. 

Lebih dikenali sebagai Tok Ram, semua akur dengan kredibiliti yang dimiliki oleh beliau sebagai juri untuk program segah Gegar Vaganza. 

Apatah lagi, program ini, pesertanya bukan orang baru, tetapi semuanya penyanyi lama, yang dah berpengalaman. 

Namun seperti biasa, para penonton dan warga maya, dah tentu akan rasa kurang senang dengan permarkahan dari juri. 

Ramai juga orang yang seringkali pertikaikan keputusan para juri di Gegar Vaganza, termasuklah di musim All Stars Gegar Vaganza kali ini. 

Sehinggakan, ada juga yang telah hubungi isteri kepada Tok Ram iaitu Datin Alyah untuk luah rasa tak puas hati, termasuklah kepada Tok Ram. 

Menerusi laporan media Hiburan, Datin Alyah sebenarnya dah lali dengan komen sedemikian. 

Namun Alyah langsung tak ambil pusing akan hal tersebut. 

Alyah tetap setia menyokong suaminya.  

“Hal macam ni, dah lama dan selalu saya hadap, oleh itu saya dah immune.”  

“Tapi, kita ni sebagai manusia, kita kan ada hati juga.” 

“Kadangkala, ada peminat yang bantai, termasuklah ada juga kelab peminat sesetengah penyanyi.”  

“Ada terima mesej peribadi kat laman media. Mereka tulis, cakap dengan suami kau begitu begini.”  

“Saya terfikir, apa masalahnya. Saya taklah selalu sangat ikuti GV kerana lazimnya hujung minggu ada buat persembahan.” 

“Namun kalau selalu berlaku, saya sudah terbiasa.”  

Alyah akui ada mengutarakan hal berkenaan kepada suaminya, dan Tok Ram memintanya untuk abaikan saja. 

“Ada ketika Tok Ram pulang dari GV, saya mengadu tentang mesej yang dihantar orang luar ni. Tok Ram meminta saya supaya jangan dilayan.” 

“Kata Tok Ram, ramai orang yang tidak tahu pun kisah di sebalik apa yang terjadi secara keseluruhan.”

“Malahan saya pun tak tahu. Oleh itu rasanya saya tak perlu masuk campur.” 

Alyah berkata, kalau dia ada terima mesej, dia hanya baca sajalah. 

“Betul apa yang suami saya katakan. Untuk jawab mesej atau soalan orang luar ni, atau nak campuri hal orang lain, itu bukannya urusan saya. Jadinya saya hanya baca saja.”

“Memang ada yang naik angin, sampaikan ke tahap memaki, tapi tak apalah.” 

“Kadangkala kalau nak berdebat dengan orang ni, tak habis.” 

“Macam tulah yang berlaku setiap kali musim Gegar Vaganza tiba.” 

Itulah komen dari Datin Alyah yang mengakui, selalu saja terima mesej dari orang ramai tentang suaminya, Tok Ram yang menajdi juri Gegar Vaganza.