Keadaan terkini Nas Ahmad Terjah, redha berstatus golongan asnaf

5,583 views

Wartawan hiburan yang terkenal menerusi Melodi iaitu Nas Ahmad, sudah pun berumur 61 tahun. 

Tentang perkembangan terkini, Nas mengauki dirinya sudah berstatus dalam golongan asnaf iaitu kategori miskin bandar. 

Ini setelah dirinya sudah tak dapat lagi bekerja mencari rezeki untuk keluarga. 

Nas Ahmad yang terkenal dengan segmen terjah, disahkan mengalami masalah jantung. 

Jelasnya, sejak tahun 2020, semasa pandemik berlaku, hidupnya mula diuji.   

“Lepas saya berhenti kerja di stesen TV, saya buka studio produksi di Shah Alam untuk produce content dan program, yang memang merupakan bidang saya mahir.”  

“Namun sebab adanya PKP, semua kerja dibuat dari rumah dan studio produksi ditutup.” 

Demi kelangsungan hidup, Nas mula berniaga laksa Johor dari rumah. 

Namun ujian berterusan apabila Nas disahkan mengalami heart problem pada tahun 2022.   

“Bulan Januari tahun lepas, saya jatuh sakit dan dirawat di Hospital Sungai Buloh, masa tu confirm apabila doktor diagnose saya ada masalah jantung.”  

“Sejak itu, saya tak boleh bekerja sebab cepat rasa penat, letih.” 

“Maka bermulalah saya tiada pendapatan, zero income.” 

Nas memberitahu, anak-anak banyak membantu dirinya.  

“Dua orang anak saya bekerja di kedai serbaneka dan ini dapatlah membantu pendapatan family.”  

“Saya pun ada terima bantuan bulanan dari Pusat Zakat Selangor sebanyak 800 Ringgit.” 

Sungguhpun dikenali ramai, Nas berkata, dia hidup sederhana saja dan tidaklah mewah. 

Nas bersyukur, ramai yang sentiasa mendoakannya.  

“Secara jujur, realiti hidup saya memang tidak senang macam mana popular nama saya dulu.”  

“Mungkin orang ingat, Nas Ahmad yang dikenali ramai artis, dan hidup mewah.” 

Tentang kesihatannya, Nas berkata, jika bekerja, dirinya akan mula sukar bernafas. 

Kakinya juga sudah mula membengkak. 

“Saya sekarang akan rasa mengah jika menapak atau berjalan jauh, dan sekarang tak boleh sampai 100 meter dah mula rasa penat. Ini kerana ada satu saluran jantung yang sumbat.”  

“Banyak rehat, dan itu sebab saya tak dapat nak kerja. Memang rindu nak kerja.” 

“Sebelum ini, saya selalu keluarkan rancangan bantu rakan artis yang kurang bernasib baik untuk dapatkan sumbangan. Akhirnya kini giliran saya pula.” 

“Saya kini dah jadi asnaf, apapun saya serahkan pada rezeki.” 

Malah dia pun sedang menunggu untuk jalani rawatan pembedahan untuk buat stent di jantung. 

Nas berkata, dia sedang tunggu untuk rawatan selanjut dan kini sedang buat follow up di Hospital Serdang dan juga Hospital Sungai Buloh terlebih dulu. 

“Saya tiada insurance, tak ada kerja, jadi tak mampu nak buat rawatan swasta. Tunggu saja giliran hospital kerajaan. Saya pun faham, ramai patient.”  

“Tarikh pembedahan itu doktor pun tak berani nak jajni bila, cuma doktor kata, jika tak tahan terus saja datang ke hospital cepat-cepat.” 

Kini Nas Ahmad mula dikunjungi rakan serta beberapa badan kebajikan artis tanah air, yang memberi bantuan kepadanya. 

Dan jika ada yang mahu membantu Nas Ahmad, boleh menderma kepada nombor akaun Maybank ini iaitu 10101133 6478 di atas nama sebenarnya iaitu Md Nasir Ahmad. 

Sama-sama kita doakan buat Nas Terjah agar dipermudahkan urusan dan kembali sembuh.