Faye Kusairi menangis di gerai nasi ayam, berkali kali minta maaf

17,183 views

Pelakon Faye Kusairi baru saja membuka gerai makanan nasi ayam di tepi jalan. 

Faye kini berniaga makananan iaitu nasi ayam roasted dan juga nasi ayam buttermilk. 

Baru bermula tiga minggu, rezeki Faye dimurahkan apabila perniagaannya itu mendapat perhatian ramai. 

Ramai yang menyukai masakan Faye sehingga ramai yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya. 

Faye, 36 tahun, amat bersyukur dengan sambutan yang diterima, memang jualan nasi ayamnya laku keras. 

Namun, semalam, Faye Kusairi dilihat telah memuatnaik satu video sedang mengalirkan air matanya. 

Ramai tertanya tanya apa yang berlaku sebenarnya. 

Rupanya, Faye agak terkilan dan sayu setelah nasi ayamnya telah habis awal sehingga mereka yang beratur akhirnya tak dapat menikmati makanannya. 

“Salam buat semua, saya ni berasa sedih hari kerana jualan saya dah habis awal.” 

“Oleh itu, saya nak minta maaf pada yang datang tapi tak dapat nak beli untuk merasa.”   

Faye tahu perasaan pelanggannya yang dah beratur tapi tak dapat beli, lantas dia terus meminta maaf dan akan menyediakan lebih banyak selepas ini. 

“Saya minta maaf sangat-sangat jika ada yang kecewa, selepas ni, lain kali saya akan buat lebih banyak.” 

“Terima kasih juga buat semua pelanggan yang setia membeli setiap hari. Ada yang dah beli semalam beli, hari ini beli lagi.” 

Faye Kusairi berkata, dia buat video itu bukanlah mahukan perhatian ataupun mahu simpati, sebaliknya di benar-benar khuatir dan resah sebab tak dapat penuhi permintaan pelanggannya.  

“Saya nangis ni bukan nak minta belas kasihan namun saya ni benar kecewa tak dapat memuaskan hati semua orang. Saya rasa amat bersalah.” 

“Ramai orang beratur tetapi tak dapat, ada seorang pakcik sampai dua kali datang untuk mencuba nasi ayam saya.” 

Dalam pada itu, Faye berkata, untuk elakkan hal ini terjadi, dia juga ada membuka pre order, atau pesanan awal kepada mereka yang mahu merasa nasi ayamnya. 

“Mana yang tak dapat hari ini, bolehlah buat tempahan awal supaya esok kalian semua dapat merasa, oleh itu tak adalah yang akan kecewa.” 

Faye Kusari membuka gerai nasi ayam di tepi jalan bersebelahan dengan Klinik Idzham di Bukit Antarabangsa.