Sherie Merlis sah sudah bercerai, kini rapat dengan Hasnol Rahmat

9,456 views

Pelakon Sherie Merlis telah disahkan sudah berpisah dengan suaminya iaitu Tengku Shafiz. 

Perkara ini dihidu oleh pihak media setelah Tengku Shafiz menulis di satu hantaran bahawa dirinya kini bergelar single father di media sosial miliknya. 

Di hantaran berkenaan, Tengku Shafiz yang mesra disapa dengan nama Ash, mengatakakan dirinya kini seorang duda. 

Katanya, walaupun pelbagai turun naik sebagai bapa tunggal, namun pengalaman membesarkan anak amat berbaloi. 

“Perjalanan sebagai seorang bapa tunggal ni ada turun naiknya, namun pengalaman serta kasih sayang menjadikannya berbaloi.”  

Hantaran Tengku Shafiz itu menunjukkan foto dua orang anak-anaknya, seorang lelaki dan seorang perempuan. 

Sehingga kini tidak diketahui bila Sherie Merlis dan Tengku Shafiz telah berpisah dan mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang perpisahan mereka. 

Dalam pada itu Sherie Merlis kini dikatakan amat rapat dengan rakan pelakon iaitu Hasnul Rahmat. 

Mereka dikatakan selalu keluar bersama sekaligus memberi andaian bahawa keduanya sedang kenali hati budi masing-masing. 

Pernah juga Sherie Merlis bergambar bersama Hasnul scara terbuka, dan memuatnaik foto bersama di Instagram. 

Mereka makan bersama dan ada juga menonton perlawanan bola sepak bersama, perlawanan Liverpool, pasukan favorite Hasnul Rahmat. 

Sherie dan Hasnol juga pernah mengadakan bengkel latihan lakonan bersama pada bulan Februari tahun 2023 yang lalu.

Hubungan mereka berdua ini mendapat restu dari peminat, yang mengatakan mereka berdua secocok bersama. 

Sherie Merlis sebelum ini pernah berkahwin dua kali, yang pertama bersama pelakon Esma Daniel pada tahun 1992 sehingga 1997. 

Pada tahun 2012, Sherie berkahwin dengan Tengku Shafiz yang juga merupakan bekas suami kepada Dira Abu Zahar. 

Pada tahun 2021, nama Sherie pernah tular seketika kerana terperangkap di rumahnya bersama keluarga termasuklah ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer. 

Ibunya kini sudah pun meninggal dunia. 

Apapun doakan yang terbaik buat Sherie Merlis dan juga Hasnol Rahmat.