Bila nak ada anak, khabar angin tentang suami, ini jawapan Hannah Delisha

2,983 views

Pelakon dan penyanyi berasal dari Singapore iaitu Hannah Delisha, 27 tahun, kini dah dua tahun mendirikan rumah tangga bersama pasangannya bernama Imam Shah. 

Mereka berdua sudah berkenalan selama 5 tahun sebelum mengambil keputusan untuk melayari bahtera perkahwinan bersama pada tahun 2021. 

Setelah dua tahun berkahwin, ada pihak yang mula bertanya tentang zuriat kepada Hannah Delisha.  

Menjawab soalan berkenaan, Hannah Delisha mengatakan, mana ada seorang isteri yang tak mahukan anak sendiri. 

Namun, dirinya dan suami hanya menunggu saja, kerana bagi mereka anak merupakan satu rezeki.  

“Siapa saja yang tak mahukan zuriat kan, tetapi soal rezeki ini saya dan suami sepakat tidak mahu terlalu begitu memaksa atau mempersoalkannya.” 

Hannah berkata, dia terima saja jika diberikan rezeki untuk mengandung dan mempunyai anak bila-bila masa. 

Dia dan suami juga tak terasa dia ada pihak yang selalu tanya tentang soalan bila nak ada anak kepada mereka.  

“Ada juga dapat soalan serta pertanyaan tentang zuriat ini, tapi saya dan suami tak ada nak ambil hati pun.”  

“Cumanya saya kadang-kadang terfikir juga, terutama hal berkaitan usia dan perancangan masa depan kan.” 

“Apapun kami hanya serahkan soal rezeki ni bulat-bulat kepada Tuhan. Dia lebih tahu. Maha mengetahui.” 

Selain itu, dek kerana jarang dilihat bersama dengan suami terutama di media, Hannah berkata dia dan suami baik-baik saja, dan lebih suka untuk tidak terlalu terdedah kepada public.  

“Ada juga khabar angin saya dengar. Ada yang ingatkan hubungan kami ada isu atau masalah, ada juga yang ingat saya belum kahwin lagi. Bukannya saya tak mahu tayang atau kongsikan, tetapi kami berdua selesa begini.” 

“Sejak awal kami berkenalan pun memang kami jarang berkata tentang isu peribadi. Banyak hantaran di media lebih kepada kerja dan perniagaan.” 

“Mungkin setiap orang ada cara sendiri dan ini meruapkan cara yang kami pilih. Selagi khabar angin tak datangkan kemudaratan, saya fikir tiada masalah untuk terus privasi sebegini.” 

Itulah jawapan dari Hannah Delisha tentang cahaya mata dan juga suaminya Imam Shah.