Fatiya Latiff muatnaik gambar lama bersama Aiman Hakim Ridza

10,419 views

Saya tahu awak masih sayangkan saya, itulah ungkapan yang ditulis oleh pelakon Fatiya Latiff di satu gambar yang dimuatnaik olehnya hari ini. 

Gambar itu memaparkan dirinya bersama bekas kekasihnya iaitu pelakon Aiman Hakim Ridza. 

Ianya dimuatnaik oleh Fatiya sekitar jam 4 pagi, 11 Januari, hari Khamis di laman media sosial miliknya. 

Ini paparan gambar dari Fatiya. 

Dari foto itu, Fatiya masih lagi bersama Aiman, dan masih lagi belum bertudung. 

“I know you still love me.” Caption dari Fatiya Latiff. 

Selain foto itu, Fatiya juga ada memuatnaik satu lagi gambar Aiman, dari satu keratan artikel sebuah akhbar tempatan. 

Artikel itu bertajuk: “Masih sayang Fatiya, Aiman Hakim Ridza akui belum pulih selepas hubungan terputusa di tengah jalan.” 

Di ruangan caption, Fatiya dilihat seakan menulis ayat sindirian kepada Zahirah Macwilson. 

“Maaf ye bik.” Tulis Fatiya ringkas. 

Selain itu, Fatiya juga dilihat kerapkali mengulang siar beberapa gambar lama dan juga artikel lama di atas pencapaiannya dalam bidang seni. 

Antaranya ialah kejayaannya sebagai pelakon sehingga menerima anugerah dan juga beberapa cover majalah semasa di zaman kemuncaknya. 

Semua gambar lama ini adalah semasa Fatiya dan Aiman menjalin hubungan sekitar tahun 2013 atau 2014. 

Mereka berdua pernah berlakon bersama sebagai watak utama dalam drama Diandra pada tahun 2013. 

Malah pada tahun 2014, mereka berdua dinobatkan sebagao pasangan paling serasi. 

Namun hubungan mereka mula renggang pada tahun 2015 dan Fatiya mengesahkan hubungan dah pun berakhir. 

Selepas berpisah dengan Fatiya, Aiman telah menjalin hubungan dengan Zahirah Macwilson dan hubungan mereka dapat dihidu sekitar tahun 2018. 

Pada tahun 2020, mereka selamat bernikah sebagai suami isteri. 

Kisah di antara Fatiya Latiff, Zahirah Macwilson dan juga Aiman Hakim kembali diperkatakan pada tahun 2024 apabila Fatiya telah melabel wajah Zahirah seakan bibik ketika menjawab soalan dari wargamaya.