Kenyataan dari DJ Lin, dan satu sumber tentang isu Tyzo - News Tel

Kenyataan dari DJ Lin, dan satu sumber tentang isu Tyzo

6,397 views

Suria FM dan pengurus besarnya iaitu DJ Lin, telah menerima satu tamparan yang amat hebat dari orang ramai dan juga pendengar setianya. 

Ini ekoran isu melibatkan salah seorang penyampai iaitu Tyzo, yang mana khidmatnya telah berakhir. 

Tyzo yang mengendalikan slot petang bersama Sharifah Shahirah, merupakan kegemaran para pendengar Suria FM. 

Namun apabila Tyzo mengatakan pemergiannya itu tak direlakan, ramai yang mula tertanya-tanya. 

Ramai juga yang tidak mahu lagi mendengar statios radio ini setelah ketiadaan Tyzo. 

Memang antara yang paling ditunggu tunggu ialah kenyataan dari DJ Lin sendiri tentang isu pemergian Tyzo dari statios radio Suria FM. 

Sehingga kini hanya beberapa saja kenyataan diberikan. 

KENYATAAN PERTAMA DJ LIN, 12 JANUARY

Pada awalnya, DJ Lin ada berkata pada 12 Januari, bahawa Suria FM dan Tyzo telah menjalin hubungan yang baik. 

“Jalinan di antara station radio Suria FM bersama Tyzo merupakan satu kerjasama yang baik di sepanjang tempoh khidmatnya. Kami ucapkan banyak terima kasih di atas segala sumbangannya.”  

“Pihak Suria sentiasa memberi sokongan dan percaya serta doakan agar Tyzo akan terus berjaya dalam segala bidang berkaitan atau bidang lain yang diceburinya.” 

Dari laporan Harian Metri pada 12 Januari, DJ Lin berkata, keputusan ini juga satu langkah Suria FM untuk rangka plan yang baru serta produk yang lebih segar dan menarik.  

“Pihak Suria FM dah pun rangka strategi dan plan baru untuk tahun 2024 dan seterusnya untuk memastikan jenama Suria FM kekal relevan dan penuhi kehendak dan juga kepuasan para pendengar.” 

“Perkembangan selanjutnya tentang program dan juga strategi plan dari Suria FM akan diumumkan dalam masa terdekat kelak.” 

KENYATAAN KEDUA DJ LIN, 13 JANUARY

Sementara itu, pada tarikh 13 Januari, satu lagi kenyataan diberikan oleh DH Lin setelah isu Tyzo menjadi tular. 

Apabila Tyzo memberi hint bahawa dirinya tak redha untuk berhenti dari Suria FM, DJ Lin memberitahu dia tak dapat nak jawab buat masa sekarang. 

DJ Lin menyatakan bahawa satu sidang media khas akan diadakan oleh pihak Suria FM pada 19 Januari 2024.  

“Insyaallah, pada hari Jumaat depan kami akan jelaskan semuanya di satu sidang media.”  

“Saya ni tak pernah hampakan pihak wartawan dan media sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan kenyataan. Namun, untuk kali ini, saya mohon maaf, tak ada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan sampailah pada Jumaat kelak.” 

ADA SUMBER DEDAH RUNDINGAN KONTRAK DENGAN TYZO TAK BERJAYA?

Sementara itu, ada juga satu lagi laporan dari Malaysian Gazzette, bahawa ada pihak yang menyatakan bahawa ada beberapa faktor mengapa Tyzo tidak disambung. 

Ini petikan dari kenyataan portal berkenaan.  

“Menurut sumber, kontrak Tyzo tidak disambungkan atas beberap faktor iaitu gara-gara dia meminta kenaikan gaji tinggi selepas memenangi penyampai radio popular.” 

“Tyzo juga ada menerima tawaran di stesen radio lain.” 

“Pihak syarikat hanya mampu beri sedikit kenaikan dan tak dapat nak penuhi apa yang diminta Tyzo.” 

“Kerana itu, Tyzo sedia sambung kontraknya namun ada beberapa syarat termasuk akan berkhidmat pada tempoh tertentu dan Tyzi boleh letak jawatan dalam tempoh 24 jam.” 

“Selepas keputusan itu dibawa ke pihak pengurusan tertinggi, akhirnya syarikat telah berpendapat agar tidak menyambung kontraknya dan mencari penyampai yang baru.” 

Itulah petikan dari portal tentang isu Tyzo dan juga Suria FM. 

Dalam satu kenyataan, Tyzo pernah berkata, bahawa jangan ada pihak yang cuba buat cerita tentang dirinya selepas ini.

“Ini bukan keputusan saya, lepas ni, minta tak ada pihak yang akan putar cerita, mengolah ayat dan menuduh saya diva, demi menutup aib.” Ini ayat yang diberikan Tyzo.

Sehingga kini, Tyzo terus menerima sokongan dari pelbagai pihak termasuk rakan-rakan penyampai, dan prang ramai, dan turut mendapat perhatian pihak menteri. 

Malahan Station Hot FM turut memberi perhatian di atas isu ini dan sempat bertanya sama ada Tyzo sesuai untuk sertai mereka. 

Latest from Hiburan


Ini rupanya punca Anju ambil beg Fatiya Latiff

1,603 views

Dua pelakon terkenal tanah air iaitu Fatiya Latiff dan Zarina Anjoulie dilihat kembali berbalah baru-baru ini. 

Semuanya bermula apabila Fatiya memberi pandangan tentang wajah Zahirah Macwilson dan melabelnya seakan bibik. 

Zarina kemudian mengatakan sikap Fatiya yang busuk hati itu merupakan sebab utama mereka berbalah sebelum ini dan telah pun putus kawan. 

Dalam satu sesi siaran langsung, Fatiya terus bercerita tentang Zarina Anjoulie pula. 

Antara yang menjadi perhatian ialah Fatiya membuka kisah yang mana Zarina atau Anju ada mengambil beg miliknya berjenama antarabangsa iaitu Gucci. 

Kata Fatiya beg berkenaan bernilai lebih kurang empat hingga lima ribu. 

“Bila kau nak pulang kan semula beg Gucci aku. Kau curi beg aku.” 

“Beg tu harganya lebih kurang empat ribu lebih, bagi saya empat ribu lebih tu pun banyak.” 

“Bila nak bagi balik beg aku tu, bagi balik sebelum hidup kau jahanam, aku doakan hidup kau akan jahanam.” 

Dek kerana dakwaan berkenaan, ahli perniagaan terkenal Datuk Seri ALiff Syukri ada bertanya sendiri kepada Anju sama ada benarkah dia mengambil beg Fatiya Latiff. 

“Betul ke dia kata kau ni curi beg Fatiya Latiff.” 

Akhirnya Anju menjelaskan mengapa dia mengambil beg Fatiya itu. Ini jawapan dari Zarina Anjoulie.

“Sebenarnya dia da hutang dengan aku, dia tak bayar. Itulah ceritanya.” 

“Dato, sorry to say, saya ada tunang yang boleh belikan. Tunang aku boleh belikan aku cincin, jam, ingat apa dia tak mampu nak belikan beg. Kalau beg tu aku tunjuk je.” 

“Lagi elok kalau aku pakai beg dari Dato Aliff punya.” 

Di ruangan caption Aliff Syukri berkata, yang baru dia tahu kisah sebenarnya. 

Baru tahu kenapa Anju amik beg tu.” Tulis Aliff Syukri. 

Itulah jawapan tentang kisah beg Fatiya Latiff yang diambil oleh Zarina Anjoulie. 

Go to Top