Sidang media Tyzo, Kenyataan balas “DJ Lin dan Jayjay perlu dipersalahkan, perlu jawab”

6,575 views

Petang tadi, hari Jumaat, pihak Suria FM telah pun membuat satu sidang media tentang isu tidak menyambung kontrak penyampai radio Tyzo. 

Selepas berakhir sidang media itu, akhirnya Tyzo pula memberi kenyataan balasnya di satu sesi sidang media lain bersama pihak media. 

Dari kenyataan yang dibuat, Tyzo menegaskan dirinya seakan ditutup periuk nasi apatah lagi sebenarnya mahu menyambung kontrak dengan Suria FM. 

Tyzo berkata, dia ada membuat permohonan untuk dinaikkan gaji dan jumlahnya hanyalah sebanyak RM500 saja pada tahun lalu. 

Namun pihak Suria tidak dapat memenuhi permintaannya, maka dia hanya menyambung 6 bulan saja. 

Namun secara tiba-tiba kontraknya tidak disambung, malahan dirinya telah dikeluarkan dari group Whatsapp, bahkan juga lagunya juga dibuang. 

“Masa kontrak bulan 9 tu, saya dah minta, hanya naik RM500 saja. Walaupun tak dapat tunaikan, tapi saya tetap sain. Kalau saya ni diva, atau ada tawaran mahupun kerja lain, takkan saya sain kontrak tu.” 

“Ketika itu tiada mutual understanding, jadi kontrak hanya 6 bulan saja. Bukan saya saja, kak Rara pun sebelum ni sambung 6 bulan juga.” 

“Takkan la hanya sebab RM500 tu terus ambil orang baru yang lain.” 

Tyzo juga mengatakan bahawa dia tidak pernah berbincang dengan Dato Amin berkenaan kontrak, sebaliknya berurusan dengan DJ Lin sebagai pengurus besar, dan juga Jayjay iaitu program manager. 

“Dato tak ada berhubung dengan saya, kita tak pernah berbincang apa-apa (tentang kontrak). Mungkin Dato dapat info yang salah dari Dj Lin dan Jayjay (tentang Tyzo seakan tak berminat untuk sambung kontrak). Yang beri kata-kata tu siapa.” 

“Sebelum habisnya kontrak bulan 3 ni, DJ Lin ada beritahu, takpe nanti kita akan bincang.” 

Ditanya sama ada Dato Amin tak terbabit dalam perbincangan kontrak, Tyzo sekali kali menegaskan tidak, bukan Dato. 

“Tidak, masa bincang kontrak hanya ada Jayjay dan juga Dj Lin.” 

Tyzo berkata, Dato Amin hanya bertemu dengannya ketika memberitahu kontraknya tidak disambung. 

“Dato yang beritahu saya bahawa kontrak tak disambung.” 

Tyzo ada bercerita panjang lebar tentang isunya terutama melibatkan DJ Lin dan juga individu bernama Jayjay atau JJ.

Ini video penuh temubual Tyzo. 

Dari video ini, Tyzo tetap menegaskan dia tidak ada masalah dengan Suria FM sebaliknya memberi kesalahan sepenuhnya terhadap DJ Lin dan juga Jayjay. 

“Saya tiada masalah berdamai, cuma mesti ada sebab Dj Lin dan juga Jayjay yang perlu dipersalahkan, bukan Suria FM tau.” 

“Seorang penasihat dan seorang yang buat kata putus, jadi Jayjay dan juga Dj Lin yang perlu jawab. Dato Amin mungkin hanya dengar cerita dari Dj Lin dan juga Jayjay.” 

Itulah kenyataan balas dari Tyzo.