Hidayah dedah siapa lelaki di foto, ini jawapannya

7,318 views

Beberapa hari yang lalu, balu kepada arwah Abam Bocey iaitu Hidayah, ada muatnaik sekeping foto di depan pelamin bersama seorang jejaka. 

Berbaju sedondon berwarna biru, ramai yang berteka teki siapakah gerangan lelaki berkenaan. 

Apatah lagi, lelaki berkenaan membelakangi kamera, tidak nampak wajahnya. 

Di ruang caption, Hidayah pula hanya meletakkan tanda emoji saja. 

Hidayah juga memakai baju yang amat cantik sambil memegang bunga di tangan. 

Dek kerana itu, ramai yang beranggapan bahawa kemungkinan, Hidayah sudah pun bertunang dengan lelaki berkenaan. 

Melihat ruangan komen, ramai yang memberi ucapan tahniah, termasuklah di kalangan beberapa orang selebriti tanah air. 

Namun semalam, semuanya telah pun terjawab tentang siapakah lelaki berkenaan. 

Rupa-rupanya, lelaki tersebut hanyalah anak saudara, atau anak buah Hidayah saja. 

Lelaki berkenaan dikatakan anak kepada abang Hidayah.

Semuanya diketahui apabila Hidayah menulis komen di laman Facebook miliknya. 

Dari komen itu, ada yang bertanya mengapa anak buah kini dah lebih tinggi dari ibu saudara iaitu Hidayah. 

Hidayah mengiyakan komen itu dan berkata saja nak tunjuk anak buah kini dah lebih tinggi darinya. 

“Anak saudara sudah lagi tinggi dari Dayah. Macam mana tu?” Tulis individu bernama Mastura. 

Ini yang ditulis oleh Hidayah: “Mastura, betul anak saudara kini dah jadi lebih tinggi dari mak saudara. Saja je nak tunjuk anak saudara ni tinggi orangnya.” 

Ini komen berkenaan. 

Ini sekaligus menjawab persoalan tentang status Hidayah. 

Ramai yang menulis komen ingatkan Hidayah yang bertunang dengan lelaki misteri tersebut, rupanya bukan. 

“Lah anak saudara ke, ingatkan Dayah dah tunang, beriya ucap tahniah.” 

Dengan ini terjawab sudah, foto itu bukan Hidayah dengan tunangnya, lelaki berkenaan ialah anak buahnya. 

Hidayah sebelum ini berkahwin dengan pelawak terkenal, Abam Bocey pada tahun 2017, namun Abam telahpun pergi buat selamanya pada tahun 2020.