Breaking silence, Keith Foo luah dah lama tak sambut perayaan dengan anak

888 views

Sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, pelakon Keith Foo telah meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya bernama Skylar Raymond Foo. 

Pelakon berumur 41 tahun ini menulis bahawa dia dah bertahun tak menyambut Chinese New Year dan juga Hari Natal dengan Skylar. 

Katanya lagi, sambutan perayaan terasa hambar tanpa kehadiran anaknya itu di sisi. 

Malah datuk dan juga nenek, turut rasai ketiadaan cucu ketika sambutan perayaan. 

Luahan ini dibuat oleh Keith Foo di media miliknya, sambil muatnaik foto lama Skylar. 

Ini caption dari Keith Foo. 

“Dah bertahun sejak kita berpeluang menyambut perayaan bersama. Dan sambutan Christmas juga terasa suram, hambar tanpa kamu Sky.” 

“Atuk, nenek, semua orang rindu dengan kamu sangat-sangat.” 

“Ini foto lama kamu Skylar.” 

“Ayah sayang sangat pada kamu, selamat Tahun Baru Cina, ayah ucapkan agar kamu gembira selalu, dikurniakan kesihatan yang baik serta selamat sentiasa, my baby girl.” 

Apa yang menarik perhatian ialah Keith Foo juga menulis hashtag breaking silence di ruang captionnya itu. 

Tak berdiam diri, bekas isteri kepada Keith Foo iaitu model dan fashionista terkenal, Kim Raymond. 

Kim menulis bahawa Keith dah lama tak hubunginya untuk bertemu dengan Skylar. 

“Saya tak ada terima mesej dari kamu untuk meminta berjumpa dengan anak, Skylar, dah sekian lama.” 

Malahan, Kim juga ada menulis hashtag yang digunakan pakai oleh Keith iaitu breaking silence. 

Keith dilihat tidak memberi sebarang reaksi terhadap komen dari bekas isterinya itu. 

Ini gambarnya.

Ekoran hal ini, Keith ada memberi penjelasan melalui portal Mstar, bahawa dia dengan Kim dan juga Sky baik-baik saja.

“Tak ada apa-apa berlaku, saya dan bekas isteri baik-baik saja tak ada isu, dengan anak pun baik-baik. Cuma dah lama tak sambut bersama. Spekulasi ni biasalah, kalau tak ada, hidup ni hambar juga.” 

Sebelum ini, pada tahun 2019, Keith dan Kim mengumumkan telah berpisah setelah berkahwin pada tahun 2015. 

Selepas berpisah, Keith ada berkata, dia dan Kim akan kekalkan hubungan yang baik di antara mereka dan tak mahu berebut demi anak. 

Jelas Keith Foo, dia dan Kim Raymond akan selalu bertolak ansur dan berbincang tentang anak.