Raf Yaakob tak tolak jika berjodohan semula dengan Mawar Rashid

1,274 views

Pada November tahun lalu, Raf Yaakob dan Mawar Rashid mengumumkan bahawa mereka berdua tidak lagi bergelar suami isteri. 

Pasangan ini berpisah setelah 6 tahun mendirikan rumah tangga. 

Kini dah pun hampir 3 bulan berlalu, masing-masing jalani kehidupan sendiri, membawa haluan yang berbeza. 

Apa yang pasti, ramai yang lebih tertumpu kepada Mawar setelah pelakon berkenaan dilihat telah pun tidak lagi berhijab. 

Raf pula dilihat aktif di media sosial, update perkembangannya selepas kembali hidup single. 

Melalui laporan Kosmo, Raf ada berkata, sungguh pun dah berpisah, hubungannya dengan Mawar baik-baik saja, tiada sebarang pertelingkahan yang terjadi. 

Adik kepada Fazley Yaakob ini juga berkata, mereka berpisah pun bukan kerana kehadiran orang ketiga. 

“Tiada penglibatan pihak ketiga, baik saya mahupun bekas isteri.” 

“Syukur alhamdulillah, hubungan kami masih baik-baik saja. Selepas bercerai, tiada siapa yang keluarkan sebarangan kenyataan.”  

“Jodoh kami setakat ini sahaja, oleh itu saya pun reda dan terima ujian ini dengan hati terbuka.”  

“Sampai sekarang ni, tak ada pun pergaduhan melibatkan anak-anak. Kami berdua sangat fleksibel apabila melibatkan anak kami.” 

“Anak ni tanggungjawab kami untuk besarkan anak-anak dalam keadaan yang bahagia.” 

“Kami positif dengan anak-anak dan harapnya mereka tidak akan terkesan dengan apa yang berlaku di antara saya dan Mawar.” 

Di tanya tentang jodoh di masa akan datang, Raf hanya berserah saja. 

Malah dia pun tak menolak sekiranya kembali berjodohan dengan bekas isteri.   

“Soal jodoh ini semuanya ketentuan yang dah pun di atur oleh Nya dan apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dapat jodoh yang baik.” 

“Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan Mawar, maka dialah orangnya. Namun jika Allah kata bukan, maka bukanlah dengan dia.” 

“Paling penting sekarang ini, saya mahu fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan nak baiki diri saya.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Raf Yaakob tentang kisahnya dengan Mawar Rashid.