“Saya tak pernah bela dan menangkan anak saya” Abby Abadi

2,156 views

Kisah perkahwinan Marissa Dania masih lagi tanda tanya. Sungguhpun ada beberapa sumber yang tampil, termasuk keluarga ipar Aslam, namun sehingga kini belum lagi ada benar-benar pengesahan dari pihak Marissa sendiri mahupun keluarga Norman Hakim atau pun Abby Abadi. 

Semalam, buat pertama kalinya, Abby Abadi tampil memberikan reaksi tentang beberapa khabar angn yang timbul di media. 

Pertama sekali, Abby mengatakan dia tak pernah beri sebarang kenyataan apatah lagi mengiyakan perkahwinan anaknya. 

Abby juga berkata jika dia tak mengiyakan perkahwinan anaknya, bagaimana dia boleh meminta mereka untuk berpisah. 

“Saya tak pernah nak iyakan tentang nikah di Thailand tu, macam mana ada pula kata saya minta untuk bercerai.” 

Dalam pada itu, Abby Abadu berkata, sebagai seorang insan bergelar ibu, dia tak pernah pun menyebelahi anaknya sejak isu ini timbul.  

“Memang muktamad, saya ni sebagai ibu dari awal timbul isu ini, saya tak pernah membela dan memenangkan anak saya.”  

“Jikalau benar seperti apa yang telah digembar-gemburkan itu, Allah merupakan sebaik-baik tempat untuk mengadu dan semoga Allah akan melindungi anak-anak saya.” 

Ini dua paparan dari kenyataan Abby Abadi tentang laporan pernikahan anaknya dengan individu bernama Aslam. 

Abby Abady persoal bila dia keluarkan kenyataan. 

Abby juga tertanya bila dia ada minta anaknya untuk bercerai. 

Sebelum ini, ada beberapa portal media utama melaporkan bahawa ada sumber mengatakan Marissa Dania dan Aslam bernikah di negara jiran. 

Antara sumber berkenaan ialah kakak kepada Misya isteri pertama Aslam, yang bernama Nadia, dia mana dia mengesahkan perkahwinan Aslam dan juga Marissa. 

Dikatakan, Marissa dan Aslam telah bernikah pada bulan Disember tahun 2023 di Thailand ketika Misya sedang mengerjakan umrah.