Isteri menangis, Ali Puteh jual kereta untuk lunas hutang Hidayah

10,409 views

Pelawak dan pelakon Ali Puteh sedang berusaha keras untuk melunaskan hutangnya kepada Hidayah, kakak iparnya. 

Ini setelah Ali tewas dan kalah saman kepada Hidayah, dan diarahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar sejumlah RM6o ribu kepada balu Abam itu. 

Ali mengambil pendekatan untuk lebih banyak berniaga demi melangsaikan hutangnya itu. 

Namun kini, akhirnya Ali mengambil pendekatan yang baru. 

Ali telah let go beberapa barangan peribadinya demi mengumpulkan wang. 

Mulanya Ali Puteh telah menjual kesemua trofi hasil titik peluhnya dalam bidang seni. 

Ini termasuklah trofi kemenangan di rancangan terkenal Maharaja Lawak Mega, yang mana Ali pernah menjadi juara. 

Kemudian Ali menjual pula motorsikal kesayangannya, motor jenis RXZ. 

Yang terbaru, Ali telah menjual pula sebuah kereta miliknya iaitu kereta Honda Accord berwarna putih. 

Kesemua proses penjualan berkenaan telah dimuatnaik di laman Tiktok Ali dan juga rakannya iaitu Pojie Pidon. 

Melalui satu video, semasa Ali Puteh berjaya menjual kereta Honda Accord berkenaan, dapat dilihat isteri Ali iaitu Melati Fitri telah menangis. 

Ini mungkin isteri Ali itu sdih terpaksa menjual aset yang mungkin mempunyai kenangan serta memory indah, atau sentimental value.   

Video di bawah:

Ini caption di video berkenaan.  

“Dah pun sold. Sayang memang sayang. Sudah pun terjual semua piala kenangan.”  

“Jika dengan izin Nya, nanti ada rezeki lain buat Ali Puteh dan Melati Fitri, isteri Ali.” 

“Kereta pun dah terjual, terima kasih diucapkan kepada individu dari Johor Bahru, yang sudi membelinya.” 

Ali Puteh yang merupakan adik kepada Abam Bocey, mula berselisih faham dengan kakak iparnya iaitu Hidayah, setelah pemergian Abam. 

Kisah pertelingkahan di antaar mereka telah berlarutan sehingga naik ke mahkamah. 

Di mahkamah, Ali telah kalah, dan diminta membayar wang ganti rugi kepada Hidayah.