Ali Puteh dah berjaya kumpul RM75K

1,088 views

Setelah membuat keputusan untuk menjual beberapa asetnya, pelawak Ali Puteh akhirnya telah pun berjaya untuk kumpul RM75,000 untuk melunaskan hutangnya kepada kakak ipar iaitu Hidayah. 

Ali telah menjual pelbagai barangan miliknya seperti beberapa motorsikal, sebuah kereta dan juga termasuklah trofi kemenangannya di Maharaja Lawak Mega untuk mencapai kutipan wang berkenaan. 

Melalui satu hantaran, pelawak berumur 35 tahun ini mengesahkan bahawa dia dah pun cukup mempunyai wang yang diperlukan. 

Ali sempat berterima kasih kepada semua yang membantunya, termasuklah rakyat Malaysia.  

“Sudah siap! Terima kasih di atas semua doa, terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Semoga Allah saja yang akan membalas segala kebaikan kalian.” 

“Terima kasih yang membeli barangan saya. Sudah pun cukup RM75,000.” 

Wang berkenaan dipercayai akan digunakan untuk melunaskan hutang dari tuntutan saman yang dibuat oleh balu arwah Abam iaitu Hidayah setelah Ali tewas kes di mahkamah. 

Di ruangan komen, rata-rata peminatnya terus mendoakan agar Ali untuk kuat dan dipermudahkan urusan. 

Ada juga berpendapat, kini kes berkenaan akan berakhir setelah hutang berjaya dilangsaikan oleh Ali. 

Ramai juga yang menulis, mereka akan terus menyokong semua perniagaan yang dijalankan oleh Ali selepas ini.

“Saya akan terus sokong perniagaan kamu Ali. Nak bayar jangan tunggu senang. Bayar sikit-sikit.” 

“Bayarlah hutang dan akan selesailah semua masalah. Semoga dimurahkan rezeki Ali dan keluarga selepas ini.” 

Ada juga yang tak sabar untuk lihat Ali menyerahkan wang dan selesaikan hutangnya kepada Hidayah. 

“Kami tunggu untuk Ali serahkan wang tu kepada pihak sebelah sana tu.” 

Kini, Ali akui dia sudah tiada tawaran berlakon, dan oleh itu, dia serat keluarga dan rakan-rakan telah menjalan perniagaan. 

Ali Puteh kini mengusahakan perniagaan menjual sambal, dan ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan.