Selalu dilihat bersama, model ini dikatakan kekasih hati baru Zizan Razak

676 views

Dah masuk usia ke 40 tahun, Zizan Razak masih lagi belum mendirikan rumah tangga. 

Sebelum ini ramai yang maklum, Zizan pernah menjalin hubungan dengan beberapa wanita, namun semuanya berakhir, tidak ada yang berjaya sampai ke jinjang pelamin. 

Sejak beberapa tahun ini, dah jarang Zizan dikaitkan dengan mana-mana wanita sebagai kekasih hati. 

Namun, yang terkini, Zizan dikatakan sebenarnya sedang kenali hati budi seorang wanita. 

Melalui satu laporan dari portal Mstar, pelakon dan pelawak ini dikhabarkan sudah dua tahun menjalin hubungan dengan seorang model muslimah bernama Nureen

Hubungan di antara Zizan dan Nureen tidak dihebahkan kepada umum, namun, ramai yang mula dapat menghidunya setelah mereka dilihat seringkali hadir bersama dalam beberapa event. 

Ramai juga yang terlihat Zizan bersama Nureen meluangkan masa bersama.  

Nureen mempunyai laman media Instagram dengan pengikut seramai 11 ribu orang. 

Malah Zizan Razak juga merupakan salah seorang pengikutnya. 

Pihak media Mstar, dikatakan ada bertanya kepada Zizan tentang hubungannya dengan model berkenaan. 

Namun Zizan tidak mahu memberi sebarang komen buat masa sekarang kerana terpaksa merujuk kepada pihak management terlebih dulu sebelum memberi sebarang kenyataan.  

Sehingga kini, ramai yang masih lagi sedang mencari wajah serta identiti wanita yang dikaitkan dengan Zizan Razak ini. 

Zizan Razak kini sedang sibuk dengan penggambaran naskah terbarunya selain menjadi juri untuk rancangan The Mask SInger Malaysia musim ke empat. 

Apapun, kita tunggu kenyataan rasmi dari Zizan Razak tentang hubungannya dengan model bernama Nureen ini tak lama lagi.