Shakilla Khoriri telah pun selamat bernikah dengan pilihan hatinya bernama Fariz pada pagi hari ini, Sabtu 24 Februari 2024.
Pelakon berumur 34 tahun itu diijabkabulkan bersama Fariz dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, Selangor.
Berita tentang pernikahan di antara ini disahkan apabila pelakon Ramona Zamzam telah muatnaik gambar Shakilla.
Ramona hadir ke majlis berkenaan dan telah upload foto bersama Shakilla dan juga anaknya.
Ini tulis Ramona: “Semoga kebahagiaan milik kamu Shakilla, sayang kamu dan juga Ameena.”
Inilah foto yang diambil oleh Ramona Zamzam di wedding Shakilla Kohiri dan Fariz.
Melihat ruangan komen, ramai yang mengucapkan ucapan tahniah kepada Shakilla Khoriri di atas perkahwinannya bersama Fariz.
“Cantik Killa, selamat pengantin baru.”
“Pengantin cantik, selamat pengantin baru, semoga bahagia dan selalu hormat suami.”
“Berseri seri, selamat berbahagia.”
Dalam pada itu, bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Shu Shukri turut hadir ke majlis berkenaan.
Shu telah muatnaik satu video ringkas bertemu dengan Shakilla dan juga suaminya.
Shakilla dilihat mengenakaan pakaiaan pengantin berwarna putih sedondon dengan suaminya itu.
Anaknya iaitu Ameena turut memakai baju putih sedondon dengan ibunya.
Ini beberapa foto sekitar majlis nikah Shakilla Khoriri.
Ini beberapa lagi gambar di majlis pernikahan pasangan ini.
Diimbas kembali, Shakilla Khoriri sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio terkenal iaitu Fizi Ali pada tahun 2018 akan tetapi hubungan mereka tak berkekalan apabila berpisah pada hujung tahun 2021.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Ameena Sofia yang kini berumur 5 tahun.
Fizi Ali kemudian berkahwin dengan wanita bernama Siti Zulaikha pada tahun 2023.
Shakilla dan juga Fizi kini telah membawa kes hadanah ke mahkamah untuk menjaga anak tunggal mereka itu, dan kes ini masih lagi sedang dalam perbicaraan.