Reaksi Abby Abadi isu penggambaran Aslam, Marissa Dania dan Misya

2,630 views

Minggu depan, bulan Ramadhan akan menjelma. 

Di samping persediaan hadapi bulan puasa ini, da tentu ramai juga yang mula persiapkan diri dengan perayaan hari raya kelak. 

Para peniaga akan mula membuat persiapan untuk perkenalkan koleksi pakaian raya mereka. 

Baru-baru ini, satu jenama pakaian telah membuat satu penggambaran untuk perkenalkan baju raya mereka. 

Isteri pertama Aslam iaitu Misya, telah dipilih sebagai model. 

Namun rupanya bukan Misya saja, Aslam dan Marissa Dania turut ada bersama sebagai model. 

Misya berkata, dia sebenarnya tak tahu menahu bahawa ada kehadiran Marissa di set penggambaran. 

Melalaui satu posting, Misya akui tak sangka boleh jadi sebegitu. 

“Misya memang faham para peniaga semua ada pelbagai cara untuk buat marketing.”  

“Cuma tak pernah terfikir akan boleh sampai sebegini.”  

“Apatah lagi tentang sensitiviti sekeliling dengan situasi sekarang dan untuk semua pihak. Semoga kita akan dilindungi Illahi.” 

“Kepada yang ada mesej, minta maaf Misya tak sempat nak respon semua. Mesej dan kata-kata korang semua buat Misya lebih bersemangat.” 

“Kecewa itu fitrah, datang dan pergi itu satu pilihan. Semuanya Allah yang aturkan dan dah pasti ada kebahagiaan.” 

Dalam pada itu, ibu kepada Marissa Dania iaitu Abby Abadi dilihat sudah tahu tentang isu berkenaan. 

Abby Abadi telah muatnaik semula satu laporan tentang isu yang melibatkan anaknya itu dan menulis satu respon. 

Penyanyi dan pelakon ini meminta pihak perniaga untuk berpada-pada dari terus ambil kesempatan di atas isu yang sedang melanda anaknya. 

“Peniaga mengambil kesempatan di atas kesulitan dan kelemahan orang lain, berpada padalah.” 

“Pihak portal hiburan memang tunggu benda seperti ini, kalau lagi banyak komen, lagi menang, betul tak.” 

Itulah reaksi dari Abby Abadi yang ditujukan kepada pihak jenama berkenaan. 

Ini komen penuh dari Abby Abadi. 

Untuk info, Marissa Dania dan Aslam sehingga kini masih lagi mengambil pendekatan untuk berdiam diri, dan tak memberi sebarang ulasan.