Nedim dilihat keluar bersama Nora Danish

354 views

Sebelum ini, pasangan suami isteri Nora Danish dan Nedim dikhabarkan sudah tinggal berasingan beberapa bulan. 

Ianya disahkan sendiri oleh Nora Danish yang berkata mereka sedang cuba selesaikan kemelut yang melanda rumah tangganya. 

Nedim pula ada berkata bahawa dia masih lagi menyayangi isterinya itu, malah memberitahu mereka hanya gaduh-gaduh manja saja. 

Dalam perkembangan terbaru, Nedim dilihat ada keluar bersama Nora Danish bersama anak lelakinya. 

Nedim memuatnaik foto bersama keluarga ketika berada di sebuah restaurant. 

Katanya, dia dapat berita bahawa anak lelakinya, Neqayl, telah jatuh sakit, tidak sihat pada hari berkenaan. 

Lantas Nedim menunda segala jadualnya dan bertemu dengan anaknya itu. 

Nedim telah meluangkan masa bersama Neqayl dan juga Nora Danish.  

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada isteri, Nora Danish kerana meluangkan masa bersama-samanya bersama anak. 

“Mulanya kena keluar awal untuk satu meeting di Perak, namun dapat tahu bahawa hero kecil saya tak sihat.” 

“Tengok dia, apabila ayahnya datang.” 

“Sayang awak Ney dan terima kasih mommy.” 

Melihat ruangan komen rata-rata warga maya gembira melihat Nedim meluangkan masa bersama Nora Danish dan juga anaknya. 

Turut memberi komen ialah beberapa rakan artis seperti Sheila Rusly, Yasmin Hani, dan Shima Anuar. 

Rata-rata mendoakan agar mereka tidak berpisah dan kembali bersama. 

Ini antara komen yang ditulis.  

“Semoga berkekalan dan akan dapat cari persefahaman semula.” 

“Jarang nak komen tentang artis, tapi saya mendoakan supaya korang berdua bahagia sampai bila-bila.” 

“Will always pray for both of you. My heart broke a little when we heard it, but now it’s all good. Yay.” 

“She’s your dunia, both of you complete each other️.” 

“Semoga bahagia hingga jannah Nora Danish dan Boss Ned.”  

Memang ramai yang memberi doa yang baik kepada kedua duanya. 

Untuk info, Nora Danish dan Nedim Nazri telah bernikah pada tahun 2017 dan mempunyai seorang anak lelaki yang berumur 6 tahun iaitu Neqayl.