Dato Red akur, nampak tiada harapan dengan isteri pertama, Datin Red

144 views

Ahli Perniagaan Datuk Seri Adnan Abu atau Dato Red telah pun bercerai dengan isteri keduanya iaitu penyanyi terkenal Adira. 

Kini ramai yang tertumpu dengan status perkahwinannya dengan isteri pertama iaitu Datin Red atau nama sebenarnya, Datin Seri Sharifah Norshafila. 

Seperti Adira, Datin Red juga telah failkan permohonan untuk berpisah dengan suaminya itu. 

Mereka berdua akan ke mahkamah untuk perbicaraan kes pada minggu depan, 14 Mei. 

Mengulas tentang status terkini rumah tangga dengan Datin Red, jelas Dato Red, dia melihat perkahwinannya itu umpama tidak dapat diselamatkan lagi.  

“Kalau lihat atas kertas, memang boleh kata dah tak ada harapan. Mungkin selepas ini saya akan hidup single sajalah.” 

Jelasnya, dia kini akan terus move on dan meneruskan hidup demi anak-anaknya.  

“Apapun kehidupan saya ni perlu diteruskan. Selepas ini akan fokus untuk bangkit untuk anak-anak. Saya juga mahu bayar hutang.” 

Dalam pada itu, Dato Red, 46 tahun berkata, buat masa sekarang ni, hubungan dengan bekas isteri iaitu Adira amat baik. 

Mereka berdua mengekal hubungan yang baik semuanya demi anak-anak.  

“Dah tentu ada rasa kecewa selepas bercerai dengan Adira. Saya ni bukan mudah nak menerima perpisahan kami.”  

“Namun begitu rasanya kami lebih baik jadi sebagai sahabat. Walau sudah berpisah, kami masih baik.”  

“Kalau boleh, nak jadi contoh pasangan bercerai yang boleh kekalkan hubungan baik tanpa perlu naik turun mahkamah.” 

Jelasnya, hubungan antara mereka mungkin akan ada lebih banyak batas, sekirannya Adira temui peganti di masa akan datang. 

“Akan tetapi, nanti jika, Adira sudah ada pengganti, kekasih atau suami, mungkin hubungan ini akan renggang sikit.” 

Ini video penuh temubual Dato Red.

Itulah sedikit komen dari Dato Red tentang hubungan dengan Datin Red dan juga Adira ketika ini.