Anak janji akan jaga Bella Astillah

104 views

Bella Astillah mempunyai dua ornag anak hasil perkahwinan dengan Aliff Aziz. 

Yang sulung merupakan anak lelaki bernama Mohamed Ayden Adrean, 7 tahun, manakala yang bongsu anak perempuan bernama Ara Adreanna, 4 tahun. 

Sempena hari ibu pada tahun ini, Ayden telah memberi ucapan khas kepada ibunya itu. 

Walaupun masih kecil, Ayden telah berjanji kepada Bella Astillah. 

Katanya, dia tak mahu membuat ibunya bersedih hati dan akan menjaga ibunya apabila dewasa kelak. 

“Assalamualaikum mummy. Ayden nak beritahu mummy, Ayden tidak akan buat mummy sedih.”  

“Nanti apabila Ayden besar, Ayden akan jaga mummy dan juga adik.”  

Ayden juga sempat meminta ibunya itu untuk tidak bekerja terlalu kuat kerana risau akan kesihatan Bella Astillah. 

“Mummy pun janganlah berkerja kuat dan banyak sangat, nanti mummy penat dan sakit.”  

“Mummy adalah ibu paling terbaik di dunia. Selamat hari ibu, I love you so much.” 

Ucapan dari Ayden itu ternyata membuat hati seorang ibu sayu. 

Selepas mendengar ucapan berkenaan, Bella Astillah dilihat tak dapat menahan diri dan mengalirkan air matanya. 

Bella berkata, kehadiran Ayden dan juga Ara merupakan kurniaan yang amat berharga buat dirinya. 

“Ayden dan Ara merupakan hadiah paling bermakna buat saya sempena hari ibu.” 

“Kita kena menghargi orang yang sayangkan kita.” 

Kisah Bella Astillah dan juga Aliff Aziz menjadi perhatian semula apabila pelakon Singapura berkenaan ditangkap khalwat bersama rakan artis, Ruhainies. 

Ianya semakin marak dengan pendedahan mesej-mesej oleh wanita bernama Sarah Yasmine yang mengakui juga merupakan kekasih kepada Aliff Aziz. 

Bella Astillah telah pun menfailkan penceraian terhadap Aliff Aziz pada bulan Mac lepas dan kes mereka masih lagi sedang dalam proses dan dibicarakan.