Aslam, Marissa Dania datang beraya, ziarah Norman Hakim, Abby Abadi

2,018 views

Di hari raya yang mulia ini, nampaknya keluarga besar Norman Hakim dan juga Abby Abadi kembali beraya bersama. 

Memang diketahui, walaupun sudah tidak bersama, Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi, selalu beraya bersama, dengan satu keluarga yang besar. 

Tahun ini, ada sedikit dugaan buat mereka apabila terpalit dengan isu melibatkan anak perempuannya iaitu Marissa Dania. 

Marissa telah berkahwin dengan suaminya bernama Aslam, sebagai isteri kedua. 

Ianya mendapat liputan meluas oleh pihak media. 

ASLAM, MARISSA DANIA HADIR BERAYA  

Hari ini, melalui satu hantaran di Instagram, Aslam dan Marissa Dania dilihat telah hadir ke satu majlis yang dianjurkan oleh Abby Abadi. 

Majlis ini dikatakan sambutan hari kelahiran Darda iaitu anak angkat Abby Abadi dan suaminya Jai Ezzany. 

Sudah tentunya majlis ini, sekaligus untuk menyambut hari raya juga. 

Melalui video berkenaan, Aslam yang memandu kereta Toyota, telah membawa isterinya, Marissa hadir ke majlis berkenaan. 

Aslam bertemu dengan keluarga besar Norman Hakim dan Abby Abadi. 

VIDEO ASLAM BERSALAM DENGAN KELUARGA 

Aslam disambut oleh isteri Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza. 

Kemudian, Aslam dan juga Marissa Dania bertemu dan bersalam dengan ibunya iaitu Abby Abadi. 

Turut kelihatan dalam video ialah Norman Hakim. 

Ini videonya. 

Video ini dikongsi bersama oleh Memey dan juga Abby. 

Ini caption yang ditulis. 

“Meraikan kemenangan dari hari raya aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan akan ada ruang untuk memperbaikinya, serta setiap luka ada kesempatan untuk diubati.” 

“Salam Aidilfitri, dan maaf zahir batin. Doakan yang baik-baik.” 

Dari caption, ianya juga ditulis bahawa video ini diambil pada 10 April iaitu pada hari raya pertama. 

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat keluarga Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi dan juga Jai Ezzany, semoga mereka sekeluarga besar akan bahagia selalu.