Setelah membuat pengumuman untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla, akhirnya kini Syasya dilihat buat pertama kalinya.
Apa yang menarik perhatian ramai ialah penampilan terbaru Syasya.
Penyanyi ini mengejutkan peminat apabila tampil memakai hijab, betudung litup pada hari raya pertama.
Video berkenaan di muatnaik oleh ibu kepada Syasya sendiri iaitu Riena.
Menerusi video berdurasi lebih kurang 8 saat itu, ibunya merakam video di dalam kereta bersama anak-anaknya termasuklah Syasya, dikatakan sedang pergi beraya.
Syasya dibelakang tempat duduk, dan dilihat telah menutup mukanya ketika dirakam.
Ini videonya.
Imej muslimah yang ditampilkan oleh penyanyi berumur 23 tahun itu membuatkan ramai warga maya terpaku.
Ramai yang memuji perubahan yang ditampilkan oleh Syasya.
Ada juga yang mula tertanya tanya sama ada, punca Syasya mahu keluar dari Dolla adalah kerana mahu perubahan dirinya ke arah yang lebih baik.
Tak kurang juga yang bersyukur dan mendoakan agar Syasya akan berhijrah dan terus kuatkan diri istiqamah sekirangnya telah berhijrah memakai tudung.
Ini antara komen dari para warga maya yang juga peminat Syasya.
“Ketika diumum dia dah keluar Dolla, ada juga dah terfikir entah-entah dia nak berubah ke arah kebaikan. Harapnya jadi kenyataan.”
“Bagi saya kalau dia keluar Dolla sebab niatnya mahu berubah, memang saya sokong. Nak berubah bukan senang.”
“Teringat komen seseorang sebelum ini yang kata Syasya keluar Dolla sebab mahu berhijrah.”
Nampaknya perubahan yang ditunjukkan oleh Syasya itu mendapat reaksi yang amat positif dan baik dari para peminat.
Ini pula gambar terbaru Syasya semasa raya.
Di imbas kembali, sebelum ini, pihak management kumpulan Dolla telah mengesahkan bahawa Syasya mengambil keputusan untuk menarik diri sebagai salah seorang ahli kumpulan berkenaan.
Punca yang dinyatakan ialah atas sebab peribadi saja, tanpa ada sebarang ulasan lanjut.
Selepas penarikan diri Syasya, kini hanya tiga ahli Dolla saja yang masih tinggal iaitu Sabronzo, Tabby dan juga Angel.