“Menantu dan besan sehingga akhir hayat” ~Datin Patimah

516 views

Sungguhpun Puteri Sarah dan juga Syamsul Yusof kini bukan lagi bergelar pasangan syami isteri, tetapi hubungan Sarah dengan ibu bapa Syamsul tak pernah terputus. 

Sarah tak pernah melupakan mentuanya itu, dan pernah berkata, hubungan diantara mereka akan sentiasa terjalin. 

Pada hari raya tahun ini, Puteri Sarah telah membawa ibu bapanya menziarahi rumah Datuk Yusof haslam dan juga Datin Patimah. 

Sarah ada muatnaik beberapa foto dan juga video ketika beraya di rumah mentua. 

Mereka dilihat bersalam salaman, sambil berpelukkan. 

Ramai juga yang sebak melihat terutama apabila Sarah dan Datin Patimah bersalaman, berpelukkan dan Sarah mengalirkan air mata. 

Melalui caption, Sarah mengucapkan terima kasih kepada mentuanya itu kerana melayannya bagaikan anak sendiri. 

“Sayang buat mama dan juga papa dunia akhirat.” 

“Terima kasih jaga Sarah dan juga anak-anak selama ini. Dan terima kasih beri kasih sayang pada Sarah seperti anak sendiri.” 

Dalam pada itu, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah turut muatnaik gambar Puteri Sarah yang datang beraya di rumahnya. 

Turut di dalam gambar ialah besannya iaitu ibu bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin Megat Shamsuddin dan Paridah Puteh. 

Kakak kepada Syamsul Yusof turut kelihatan dan bergambar bersama mereka. 

Ini antara gambarnya.

Tulis Datin Patimah, dia sentiasa anggap Sarah dan ibu bapanya sebagai menantu dan juga besan. 

“Menantu dan juga besan sehinggalah akhir hayat kami.” 

“Anak yang tetap kami sayang, sokongan kami sepenuhnya kepada Puteri Sarah dan anak-anak.” 

“Sarah dan cucu sentiasa dalam doa mama, semoga murah rezeki.” 

Menjengah di ruangan komen, warga maya menganggap Datuk Yusof dan juga Datin Patimah sebagai mentua dari syurga. 

Ini antara komen netizen. 

“The best keluarga mentua in the world.” 

“Datuk dan Datin memang keluarga mentua dari syurga.” 

“Terharu dan sayu tengok family Yusof Haslam sentiasa sokong Puteri Sarah.” 

“Ibu dan bapa mentua idaman ramai.” 

Di doakan agar hubungan serta keakraban di antara keluarga Puteri Sarah dan juga Datuk Yusof Haslam akan terus berkekalan selamanya.