“Saya anak luar nikah” Myra Natasha dedah perbuatan Halim Othman, guris ayah angkat

1,062 views

Anak perempuan kepada pengacara dan penyampai radio terkenal Halim Othman iaitu Myra Natasya telah membuat satu pendedahan mengjutkan ramai semalam. 

Wanita berumur  29 tahun ini memberitahu dirinya sebenarnya anak tak sah taraf ataupun anak luar nikah. 

Malahan, Myra akui telah menipu sebelum ini yang mana dia mengatakan namanya ber binti kan Abdullah kerana ibu bapanya berkahwin di Thailand. 

Myra menyatakan, sebenarnya Halim Othman dan ibunya, Yusnita, tak pernah berkahwin.   

Ini pendedahan penuh dari Myra Natasha seperti dilaporkan Harian Metro. 

“Status saya sebagai anak adalah tak diiktiraf. Oleh itu, memang saya tak boleh diwalikan oleh Halim Othman sekiranya saya berkahwin kelak.”  

“Untuk saya semua benda ni dah pun terjadi, cukuplah.”  

“Semasa pendedahan nama saya berbintikan Abdullah, Ketua Pengarah JPN ada mencari Halim Othman untuk dapatkan butiran.”  

“Namun masa tu, dia kata yang dia tak mahu buat apa-apa. Menurutnya benda yang dah lepas biarlah dan kita move on. Tak perlu nak heret kisah-kisah lama.” 

TIMBUL PERSENGKETAAN ANTARA MYRA, HALIM OTHMAN  

Pada tiga hari lepas, bermula salah faham antara Myra dan Halim Othman. 

Ini setelah Myra dapat tahu bahawa Halim telah ubah identiti asalnya dengan membuat sijil kelahiran baru dengan meletakkan namanya sebagai bapa beberapa tahun lalu tanpa pengetahuannya. 

“Sijil kelahiran asal tak ada butiran bapa langsung. Rupanya pada tiga tahun lalu, dia dah pun ubah identiti asal saya dengan buat sijil kelahiran yang baru.” 

“Boleh begitu kah? Apa hak dia untuk buat perkara ini.” 

“Selama ini sebelum saya buat kenyataan di media, dia tidak pernah jadi seorang bapa dan tidak pernah jalankan tanggungjawabnya pun.” 

“Mengapa perlu nak tukar sijil kelahiran. Dia tak ada hak buat macam tu. Saya tak tahu. Dia curi-curi buat sebegitu.” 

HALIM OTHMAN MELENTING APABILA MYRA TANYA

Apabila bertanya kepada Halim Othman mengapa buat sedemikian, Myra kecewa dengan jawapan ayahnya itu. 

“Dia kata saya perlu bersyukur sebab ada benih dia dalam diri saya. Kalau tak, saya ni tak wujud di dunia ini.” 

“Sebelum ni saya selalu pertahankan dia. Saya cerita yang cantik-cantik saja.” 

“Dia sepatutnya pertahankan saya, tapi memilih buat macam ini. Bila tanya kenapa, terus melenting.” 

“Macam tu ke sifat seorang ayah? Dia juga dah tak nak layan saya dan terus block saya di Instagram.”  

Ini mesej antara Myra dan juga Halim Othman. 

“Sekarang ni, nama saya binti Abdullah masih kekal dan tak berubah macam dalam sijil kelahiran.” 

“Dalam sijil kelahiran baru ada ditulis butiran bapa. Sebelum ini yang asal semua butiran bapa kosong dan hanya ditulis tidak ada kaitan. Sekarang dia bawa perkara ini ke JPN dan letak namanya.” 

MYRA DAN IBU DIJAGA LELAKI BERBANGSA CINA

Myra menambah Halim beri kenyataan palsu kerana sebenarnya tak pernah berkahwin dengan ibunya. 

“Apa motif dia nak mengubah? Kalau sebelum ni dia tinggalkan saya dan mak, saya boleh sabar tapi kali ini sudah agak lebih.” 

“Yang paling sakit hati, di waktu saya kecil, memang dia tak wujud.”  

“Apabila dia tahu mak saya mengandungkan, dia suruh mak menggugurkan kandungan. Namun mak bertekad untuk melahirkan saya dan lari daripada dia.”  

“Ketika itu mak berjumpa dengan seorang lelaki Cina dan dialah yang jaga saya dari kecil sampai saya dewasa.” 

“Semuanya dia jaga, dari saya masuk universiti dan barang keperluan, sampailah sekarang ni.” 

Jelas Myra lagi, apa yang Halim Othman itu sudah tentu akan mengguris hati lelaki Cina berkenaan yang merupakan ayah angkatnya.  

“Bayangkanlah perasaan dia apabila dalam sijil kelahiran baru ni, Halim Othman telah letakkan nama lelaki Cina berkenaan sebagai pemberi maklumat.” 

“Walhal ia dibuat tanpa pengetahuan lelaki tersebut. Dia menggunakan nama lelaki berkenaan sebagai saksi untuk dia ubah sijil kelahiran.” 

Myra berpendapat, Halim Othman buat sedemikian kerana khuatir orang ramai tahu bahawa dia tak pernah berkahwin sebelum ini. 

“Saya rasa dia takut kalau media dan keluarga dia tahu sebab mereka tak tahu perkara sebenar. Mereka dan masyarakat ingatkan dia dah pernah berkahwin.” 

Itulah kenyataan panjang lebar dari Myra Natasha tentang kisah hubungannya dengan Halim Othman.